Sabtu, Oktober 30, 2010

KES "SUPERBUG" PERTAMA DIKESAN

Jangan Panik Dengan Laporan Mengenai Superbug, Kata Liow

SANDAKAN, 30 Okt (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan laporan mengenai kes "superbug" pertama yang dikesan pada seorang wanita berusia 24 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pesakit tersebut merupakan satu-satunya pembawa bakteria yang kebal kepada hampir semua antibiotik itu, dan dia telah sembuh selepas menerima rawatan daripada sebuah hospital.

"Kami telah mengeluarkan bakteria berkenaan dari tubuhnya dan ia tidak berjangkit kepada pekerja kesihatan atau pesakit lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Karnival Kesihatan di Klinik Desa Karamunting di sini Sabtu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1), ialah sejenis enzim yang mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan.

Berikutan pengesanan kes pertama itu, Liow berkata semua hospital dan klinik telah diarah mematuhi secara ketat, garis panduan dalam pemberian antibiotik kerana bakteria berkenaan kebal terhadap ubat berkenaan dan boleh membiak.

Mula dikesan di India dan Pakistan, superbug dilaporkan telah mengakibatkan kematian seorang lelaki Belgium selain menjangkiti beberapa orang lagi dari Britain, Australia dan Amerika Syarikat yang berkunjung ke kedua-dua negara untuk melakukan pembedahan.

Mangsa dari Belgium dilaporkan dijangkiti bakteria itu selepas menerima rawatan sebuah hospital di Pakistan untuk kecederaan di kaki akibat kemalangan kereta.

Dalam perkembangan lain, Liow turut mengumumkan bahawa sebuah klinik bergerak akan dibuka di Sandakan, manakala Klinik Desa Karamunting akan dinaik taraf.

Selain itu, Kementerian Kesihatan akan mengkaji permohonan bagi menempatkan lebih ramai pakar di Hospital Duchess of Kent di sini.

-----

Superbug detected in woman

12 ulasan:

  1. Harap-harap tiada masalah serius dengan superbug ini.

    BalasPadam
  2. tahniah, walaupun institusi kesihatan kita berjaya menangani kes ini, rakyat masih perlu berhati2.. laporan ini membuktikan bakteria tersebut ada di negara ini.

    BalasPadam
  3. lebih baik jika jabatan kesihatan dapat mencadangkan kepada rakyat langkah2 pencegahan, simptom serta tindakan..

    BalasPadam
  4. Bahaya juga superbug ini. Semua antibiotik tidak berkesan terhadapnya. Apa pun pihak kesihatan telah berjaya menangani masalah ini. Apa pun peringatan kepada semua jangan panik dengan laporan ini.

    BalasPadam
  5. nasib baik ia dpt ditangani, apapun, kita kena berhati2 agar tidak mendapat jangkitan bakteria tersebut.

    BalasPadam
  6. Kepada rakyat sabah tidak perlu panik dengan laporan ini. Walaupun laporan pertama terdapat di Sabah tetang Superbug ini tapi masalah ini telah diselesaikan. Oleh itu tidak perlu panik, pihak tertentu akan memastikan superbug ini tidak akan berjangkit.

    BalasPadam
  7. harap bakteria tersebut tidak akan menular di negara kita.

    BalasPadam
  8. Thank goodness she is cured!

    BalasPadam
  9. Hopefully no such case would happen again.

    BalasPadam
  10. Bagaimanakah seseorang itu boleh mendapat penyakit ini? Jika boleh gariskan panduan2 untuk mengelak sesiapa sahaja dari terkena penyakit ini.

    BalasPadam
  11. Whatever it is, precaution is needed.

    BalasPadam
  12. Wah, baru tahu ada pula nama penyakit macam ni. Nasib sudah berjaya dikawal.

    BalasPadam