Rabu, Jun 23, 2010

PEMANSUHAN PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR MENGAKIBATKAN MURID AKAN MENJADI MALAS ?

“Sekiranya peperiksaan UPSR atau PMR dimansuhkan, para pelajar akan hilang motivasi untuk belajar kerana mereka tahu tiada peperiksaan ‘besar’ yang akan mereka hadapi untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Dari segi penentuan kelas pelajar Tingkatan Empat, ia agak rumit kerana kita tidak tahu kekuatan dan kelemahan seorang pelajar untuk memasuki kelas sains, sastera, perdagangan atau pun teknologi maklumat, sekiranya tiada peperiksaan PMR,”

“Kesannya murid-murid sejak sekolah rendah hingga menengah akan malas belajar sebab, Tingkatan 5 baru ada ‘peperiksaan besar’ iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tambahan pula, cara pemikiran dan pembelajaran pelajar sudah terbiasa dengan cara lama iaitu belajar untuk menghadapi peperiksaan,”

Mellda Albert

---

“Jika dimansuhkan, kemungkinan para pelajar akan kurang mengambil berat tentang pelajaran. Ini kerana UPSR dan PMR adalah salah satu peperiksaan yang dapat menilai tahap pembelajaran mereka.

“Kita juga tidak dapat mengetahui sejauh mana kemampuan seseorang murid itu selama dia bersekolah sekiranya tiada peperiksaan UPSR dan PMR,”

Justina Justin

---

image “Saya tidak setuju sebab macam mana kita mahu tahu, anak kita pandai atau tidak sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan?

“Para pelajar pun tidak akan belajar bersungguh-sungguh dan mungkin mereka lebih suka menghabiskan masa bermain game, facebook atau melepak dengan kawan-kawan.

Selain itu, tanpa peperiksaan, kita tidak dapat menilai setakat mana penerimaan para pelajar sepanjang persekolahan mereka. Oleh itu saya berharap sistem pembelajaran di negara ini tidak ditukar secara drastik,”

seorang ibu Elsi John

---

kedua-dua peperiksaan itu patut dimansuhkan sekiranya terdapat perancangan kerajaan untuk memberi latihan secara praktikal ataupun para pelajar diberi pilihan untuk mendalami satu-satu bidang dari peringkat awal kemasukan persekolahan.

“Lagipun pandangan masyarakat sekarang ialah, sekiranya gagal dalam tiga peperiksaan (UPSR, PMR dan SPM) .. pelajar itu dianggap tidak pandai.

“Tidak semestinya, pelajar yang gagal dalam peperiksaan itu tidak pandai … mungkin mereka tiada berminat dalam bidang akademik tetapi mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran.

“Apa-apa pun langkah yang akan dibuat oleh kerajaan, saya percaya ia pastinya mempunyai banyak kebaikan untuk generasi akan datang,”

Marion Bonnie

---

Ibu bapa pedalaman setuju mansuh UPSR, PMR

UPSR Dan PMR Patut Dikekalkan Selepas Diubah Suai - Koh

39 ulasan:

  1. Peperiksaan UPSR dan PMR boleh dimansuhkan bagaimanapun perlu mengantikan ujian khas yang setaraf dengan peperiksaan tersebut.

    BalasPadam
  2. Pemansuhkan UPSR dan PMR dapat memberi galakan para pelajar meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat SPM dan universiti. Ini kerana sebilangan pelajar menghadapi masalah dari segi sistem pembelajaran dan satu alasan untuk berhenti sekolah kerana kekurangan kewangan dan sebagainya. Diharapkan juga pemansuhan ini dapat mewajibkan semua pelajar dapat bersekolah hingga ke peringkat SPM. Ia juga dapat mengurangkan pekerja yang terlalu muda untuk menghadapi eksplorasi alam pekerjaan dan dapat mengelakkan pengeksploitasian oleh sebilangan majikan.

    BalasPadam
  3. kerajaan tidak perlu tergesa2 untuk melaksanakan cadangan ini. lakukan kajian secara menyeluruh terlebih dahulu bagi menyelaraskan cadangan tersebut dengan sistem pendidikan di Malaysia. kedua2 peperiksaan ini telah lama diguna pakai, dikhuatiri jika pelaksanaannya dilakukan dengan serta merta akan menimbulkan masalah dikemudian hari. oleh sebab itu, kajian diperlukan bagi menyesuaikan cadangan pemansuhan ini dengan sistem pendidikan negara.

    BalasPadam
  4. kerajaan atau kementerian pendidikan perlu mencari pendekatan lain bagi menggantikan kedua2 peperiksaan tersebut untuk tujuan penempatan pelajar ke aliran2 tertentu.

    BalasPadam
  5. cadangan pemansuhan ini tidak akan menyebabkan pelajar hilang motivasi. walaupun ianya dimansuhkan, kita masih mempunyai peperiksaan di peringkat sekolah untuk mengukur tahap pencapaian mereka. cadangan ini pasti akan melalui proses kajian yang menyeluruh dan terperinci sebelum dilaksanakan bagi memastikan keberkesanannya untuk jangka masa panjang. diharapkan transformasi ini mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

    BalasPadam
  6. peperiksaan UPSR dan PMR boleh dimansuhkan, tetapi kerajaan perlu mengubah cara pembelajaran kepada yang lebih sistematik dan dapat mengasah bakat dan kebolehan seseorang pelajar. sistem pembelajaran janganlah fokus kepada di kelas semata-mata, ia perlu fokus kepada teori dan praktikal.

    BalasPadam
  7. UPSR & PMR tidak payah dimansuhkan tetapi hendaklah dijalankan seperti biasa cuma keputusan peperiksaan ini diambil untuk menentukan kelas yg sepatutnya seseorang pelajar itu ditempatkan dan utk menilai prestasi pelajar tersebut. SPM amat penting kerana ia merupakan aset @ kunci bagi pelajar utk masuk ke menara gading disamping tahap pencapaian kegiatan sukan dan ko-kum.

    BalasPadam
  8. sya setuju dgn supra.. kerajaan kena melakukan perubahan pada proses pembelajaran bagi memastikan bakat dan kemahiran pelajar dpt diasah, dngn ini ia akan dpt melahirkan pelajar yang berkemahiran.

    BalasPadam
  9. Sebagai seorang bapa yang sangat mengambil berat tentang pencapai anak, saya berharap agar kerajaan akan membuat kajian secara menyeluruh terlebih dahulu.Pada pendapat saya, UPSR dan PMR merupakan cara untuk mengetahui tahap prestasi anak. Dengan tiadanya kewujudan UPSR dan PMR, anak akan kerap minta duit dari saya untuk shopping, melepak, main game dan ber-facebook (apa tue?).Anak saya sudalah malas, nanti bertambah malas lagi. Apa-apa pun,saya percaya kerajaan akan membuat keputusan yang betul.

    BalasPadam
  10. Students are affected in this case. Well, I do agree that they will tend to be lazy and dependent but on the other hand, I guess the teachers are playing the roles too.

    BalasPadam
  11. Susuvai:

    Tidak semestinya kalau UPSR & PMR dimansuhkan,anak kau kerap minta $. Kau sebagai bapa,takkan cara ajar anak pun tidak pandai kan? Saya belum jadi mama orang tapi hakikatnya ialah, seseorang pelajar bijak/budu bukan salah exam ka apa,tapi cara ajaran di rumah.

    BalasPadam
  12. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum ini boleh dimansuhkan. Cakap aje senang.

    BalasPadam
  13. Don't worry. The time is yet to be fixed. Plus the education ministry is doing its research so why should we worry about that?

    BalasPadam
  14. I hope the education ministry will make decision after more consideration.

    BalasPadam
  15. Studying is to seek education. If a student failed in his examination, it does not mean he is stupid. Maybe he had some other ways to express his knowledge other than through examinations.

    BalasPadam
  16. apa pun keputusan kerajaan, kajian haruslah dilakukan terlebih dahuu sebelum memansuhkan UPSR dan PMR. sekiranya perkara ini jadi dimansuhkan kerajaan haruslah mencari cara lain untuk mengelak para pelajar menjadi malas pula.

    BalasPadam
  17. Memansuhkan pemeriksaan tidak semestinya menyebabkan murid menjadi malas. Tanpa tekanan yang lebih, kemungkinan lebih baik untuk pembelajaran murid-murid.

    BalasPadam
  18. We must think about the pro's and cons about this suggestion, only that way we can come up with the perfect solution for this.

    BalasPadam
  19. It is best to gather all possibilities.

    BalasPadam
  20. Hopefully the government would make a wise decision.

    BalasPadam
  21. The government must think this thoroughly before making any hasty decision. Evaluation of the proposal plan should be made. It's important for the proposal's outcome to be more on the positive side.

    BalasPadam
  22. jika sistem upsr dan pmr yang setakat memerlukan 'penghafalan' tidak diubah, bermakna sistem pendidikan kita tidak boleh pergi jauh. siapa ada daya ingatan tajam maka dia boleh hafal dan skor tinggi. bagaimana pula dengan pelajar yang smart yang hanya boleh mengingat jika banyak hands on experience? so sistem pendidikan upsr dan pmr wajar diubah kepada suatu kaedah yang lebih mantap dan bijak sejajar dengan sistem kemajuan dan kemodenan dunia.

    BalasPadam
  23. melentur buluh biar dari rebung. perubahan sistem pendidikan upsr dan pmr adalah kerana sistem ini sudah tidak sesuai dilaksanakan dan mengambilkira kelemahan produk akhir yang berlarutan sehingga ke peringkat U

    BalasPadam
  24. pendapat saya, cara pendidikan upsr dan pmr wajar diubah kepada pendidikan sepanjang hayat supaya budaya menghafal dapat dihapuskan

    BalasPadam
  25. @Neorina: Budaya menghafal? Hurm, rasanya patut sebab bukan semua yg dihafal akan keluar dalam exam tapi dalam masa yang sama, ini akan menyekat perkembangan pelajar untuk menjawap soalan dengan ayat dan cara sendiri.

    BalasPadam
  26. Mansuhkan UPSR dan PMR akan membuat pelajar tidak mendapat cabaran untuk menjawab soalan2 yang mencabarkan minda pemikiran mereka secara logik. Tanpa cabaran ini, ia kemungkinan akan membuat pelajar menjadi malas. Diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan.

    BalasPadam
  27. pemansuhan ini adalah untuk menambah baikan sistem pendidikan negara...apa2 pun, saya percaya kerajaan akan membuat kajian yang sistematik dan menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan..

    BalasPadam
  28. pendidikan in merupakan aspek terpenting sekarang unutk anak generasi akan datang. oleh itu, kerajaan haruslah memikirkan dan membuat kajiaan adakah pemansuhan ini membawa kebaikan atau sebaliknya. jangan sampai perkara yang sama berulang lagi. sain dan math..jadikan ini pengajaran. kerajaan harus pandai membuat penilaian.

    BalasPadam
  29. ini tidak bermaksud dengan pemansuhan ini murid akan menjadi malas. kerajaan akan mencari cara lain untuk mengantikan peprikasaan ini untuk mengelak murid bosan dan menjadi malas.

    BalasPadam
  30. peperiksaan sekolah juga boleh digunakan sebagai penilai bagi mengukur tahap penguasaan pendidikan seseorang pelajar..tidak semestinya pemansuhan ini akan menyebabkan murid menjadi malas..kerajaan pasti ada satu formula yang berkesan untuk kita menggantikan peperiksaan2 ini..

    BalasPadam
  31. If both of the exams are meant to be abolished, it has to be done earlier, why now? Every seems to ease with it and all of a sudden, it stops and causing the students to become more and more ' low quality '.

    BalasPadam
  32. This is why the education ministry must take serious consideration and monitoring before they take out the examinations.

    BalasPadam
  33. We must consider if the students are suitable for this new system or if they are able to adapt to it.

    BalasPadam
  34. Kajian terperinci memang amat diperlukan.Jangan main radu ja.

    BalasPadam
  35. sebenarnya perubahan terhadap sistem baru bagi mengantikan upsr dan pmr adalah wajar. sikap budaya menghafal dan tidak kreatif dan tidak boleh berfikir sudah terbawa-bawa sehingga peringkat universiti

    BalasPadam
  36. isu upsr dan pmr ni memang patut direvise dan diubah ke sistem penilaian berterusan...supaya para pelajar lebih kreatif dan berupaya berfikiran kritikal

    BalasPadam
  37. saya pernah bercerita dengan GM dari syarikat besar di Sabah ni bahawa para pelajar sekarang ni tidak berupaya berfikir sendiri, tidak kreatif, tiada nilai-nilai soft skills yang baik dan spoon feed! so jika mau ubah...sepatutnya ubah dari peringkat mereka masih mudah menerima nasihat..bukan masa sudah ipta/ipts...susah mau ubah kalau sudah berkarat!

    BalasPadam
  38. tak ada yg mustahil utk capai cita2...lebihkn usaha 2 amat penting bagi pelajar yg sedang @ yg akan menduduki PMR n SPM...masalah jika kta tgo memangla byk sgt, tapi bagi org yg inginkan kejayan dgn usahanya yg sungguh2 pasti merasai bertapa puasnya hati bila menbdapat keputusan yg mberansangkan...u think that u want 2 die...then?? u must hv many dreams..so why u dont try 2 get u real result..god bless u..

    BalasPadam
  39. Fikir baik-baik sebelum memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR.

    BalasPadam