Khamis, Mac 07, 2013

PM TOLAK GENCATAN SENJATA DI SABAH, GESA SERAH DIRI TANPA SYARAT

PM tolak gencatan senjata di Sabah, gesa serah diri tanpa syarat

OLEH BOO SU-LYN

Datuk Seri Mohd Najib Razak tiba di Felda Sahabat. — Gambar oleh Siow Feng Saw

LAHAD DATU, 7 Mac — Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat.

Pendirian perdana menteri (PM) dinyatakan selepas kesultanan Sulu menggesa gencatan senjata hari ini, dengan berjanji pengikutnya akan meletak senjata dan mengambil pendirian berlembut dengan Malaysia jika pasukan keselamatan negara bersetuju ambil langkah sama.

“Saya beritahu beliau (Presiden Filipina Benigno Aquino III)  bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan menyerahkan senjata mereka kepada kami,” kata Najib dalam satu sidang media hari ini.

“Berdasarkan undang-undang dan suara rakyat, isu Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia tidak boleh dipersoalkan sesiapapun,” tambah beliau.

-------------

SULTAN SULU UMUM GENCATAN SENJATA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan