Selasa, Januari 01, 2013

BR1M BAKAL CERAHKAN PELUANG BN DALAM PRU

BR1M bakal cerahkan peluang BN dalam PRU

KUALA LUMPUR, 1 Jan 2013— Kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sokongan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Putrajaya akan mula mengedarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula Febuari depan.

Penganalisis politik, pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) dan BN mengakui faktor BR1M akan memancing undi untuk golongan pengundi luar bandar, serta mengukuhkan sokongan pengundi tetap BN.

“BR1M akan memberikan impak multipler, bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi turut diistilahkan di dalam undi,” kata pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Asri Salleh.

“Penerimanya adalah golongan miskin tegar dan miskin bandar, sudah pasti ia akan meraih undi,” kata DAP pula.

NONE“Impaknya besar, terutamanya mengekalkan pengundi “tradisional” mereka di luar bandar, itu sebabnya kenapa (Perdana Menteri) menangguhkan pilihan raya,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua(gambar).

“Beliau sedar pilihan raya akan dilaksankan dalam tempoh tiga bulan selepas BR1M 2.0 jadi kesan positif BR1M tidak akan habis,” kata Pua lagi.

PR jelas Pua tidak memiliki dana sekukuh BN, terutamanya di negeri-negeri yang bukan di bawah bidang kuasa mereka seperti di Johor, Pahang, dan Perak, dan itu menyukarkan mereka untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar bandar.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad turut menyokong kenyataan Pua, namun mengingatkan BN BR1M hanya mengukuhkan sokongan penyokong tegar mereka, bukannya kumpulan pengundi muda yang merangkumi sekitar 30 peratus daftar pemilih.

Portrait“Sementara sekelompok rakyat yang tidak dapat akses kepada media alternatif, mereka semakin yakin untuk menyokong BN.

“Namun kelompok 30 peratus yang menjadi rebutan BN dan PR adalah kelompok yang tidak dapat dikelabui mata dan pendirian mereka, kumpulan pengundi baru,” katanya dan menegaskan, kumpulan pengundi itu sedar, sejumlah RM3 bilion untuk BR1M 2.0 adalah dana kutipan cukai daripada rakyat.

“Kelompok 30 peratus itu adalah kelompok penentu dalam pilihan raya umum,” tegasnya.

Peruntukan untuk BR1M 2.0 meningkat 40 peratus daripada BR1M sebelumnya, yang hanya menelan perbelanjaan RM2.1 bilion.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali, bagaimanapun tidak melihat BR1M sebagai “rasuah” politik BN, sebaliknya ia adalah manifestasi BN dalam menepati janji mereka.

“Jika benar BR1M untuk pilihan raya, kenapa kerajaan telah memulakannya sejak tahun lepas?

“Ia bukan kerana BN, ia manifestasi kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Professor Dr Jayum Jawan, penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata beliau tidak terkejut jika BR1M akan berupaya menarik undi rakyat menyokong BN, namun mengkritik tindakan itu kerana apa yang utama adalah polisi ekonomi untuk jangka panjang.

“Jika BN mahu menawan hati pengundi, mereka perlu mengemukakan pelan jangka panjang ekonomi yang komprehensif dan merangkumi keseluruhan masyarakat,” kata Jayum.

“BR1M hanya one-off ... rakyat sedar ia untuk pilihan raya,” tambahnya.

Lebih 2.3 juta permohonan diterima untuk BR1M 2.0 pada 17 Disember, dengan lebih 1.6 juta untuk penerima bujang dan 720,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak menerima RM500 wang tunai.

Bagi penerima bujang, mereka di bawah umur 21 tahun dan berpendapatan bawah RM2,000 sebulan layak menerima RM250 wang tunai.

BR1M 2.0 dijangka akan memberikan manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 kumpulan bujang berbanding 4.2 juta penerima BR1M pertama tahun lalu.

Oleh Mohd Farhan Darwis

-------------------

 

2.7 juta permohonan baru BR1M sehingga Disember

“Justeru, kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon mendapatkan bantuan ini kerana pendaftaran masih terus dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan. …”

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

-----------------------

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

 

Jumlah Undi

Peratus Undi

Jumlah Kerusi

Barisan Nasional(BN):

4,082,411

(50.27%)

139 (63.1%)

Pakatan Rakyat (PR):

3,796,464

(46.75%)

83 (36.9%)

285,947

 

--------------------------------

BR1M will likely boost BN’s chances in the next election

Tiada ulasan:

Catat Ulasan