Rabu, Disember 26, 2012

SABAH HASIL PENGELUARAN 2,790 TAN DURIAN SETAHUN

Sabah hasil pengeluaran 2,790 tan durian setahun

KOTA KINABALU 24 Dis. - Jumlah pengeluaran hasil durian di Sabah pada masa ini menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan menyaksikan hasil pengeluaran kira-kira 2,790 tan durian setahun.

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Mohd. Shukri Doel Majalin berkata, sebanyak 10 daerah dikenal pasti sebagai kawasan pengeluaran hasil durian berpotensi di negeri ini.

"Daerah yang terkenal dengan hasil durian di negeri ini ialah Ranau, Sipitang, Tenom, Sandakan, Tawau, Kota Marudu, Sandakan, Tawau, Beaufort dan Keningau.

"Antara jenis durian yang banyak terdapat di negeri ini termasuklah jenis D24, 101, dan Tembaga yang mana daerah Ranau dikenal pasti sebagai pengeluar hasil durian paling banyak," katanya dalam majlis makan durian bersama media di Pasar Tani Asia City di sini baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan