Rabu, November 21, 2012

LELAKI WARGA ASING MAUT DITIKAM RAKAN MAIN JUDI

Lelaki maut ditikam rakan main judi

Shamsudin (kiri) bersama Mutalib menunjukkan pisau yang dirampas dalam kejadian itu.

LAHAD DATU 19/11/2012: Berang dituduh menipu ketika bermain judi, seorang lelaki kemudiannya bertindak mengambil sebilah pisau lalu menikam empat yang lain hingga mengakibatkan satu mati dan tiga cedera parah.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi semasa lima sahabat terbabit yang kesemuanya merupakan buruh ladang sedang asyik bermain judi Domino di hadapan sebuah rumah pekerja bernombor 28A Ladang Maramba, Borneo Samudera Jalan Silabukan Lahad Datu, di sini, pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superitendan Shamsudin Mat dalam satu sidang media berkata mangsa yang mati ditikam di tempat kejadian itu dikenali sebagai Amirudin Raside, 38, akibat terkena tikaman di bahagian pinggang.

Manakala tiga lagi mangsa yang parah kini dirawat di Hospital Lahad Datu (HLD) dikenali sebagai Iwan kadir, 29, Udin Hanung, 35, dan Saripudin Palkasih, 40. Kesemua mereka masing-masing terkena satu tikaman di dada, di rusuk kanan dan di perut.

Shamsudin diberi taklimat oleh Josepine di lokasi suspek ditangkap.

Berikutan itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah yang diketuai oleh Insp Josepine yang dimaklumkan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi kejadian dan telah berjaya menahan seorang lelaki iaitu suspek berusia 35 tahun yang juga merupakan rakan kesemua mangsa, tidak kurang dari tempoh sejam selepas itu di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Suspek terbabit telah berjaya ditahan semasa sedang bersembunyi di dalam sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian itu,” katanya.

Shamsudin berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya mendapati insiden itu berlaku semasa kesemua mereka sedang asyik bermain judi.

Bagaimanapun, katanya, tidak lama selepas itu keempat-empat mangsa dikatakan telah menuduh suspek menipu, lalu berlaku pertengkaran.

“Akibat takut dipukul, tertuduh kemudiannya telah masuk ke bilik tidurnya dan mengambil sebilah pisau lalu terus meluru keluar dan menikam kesemua mangsa yang berada di situ dengan pantas.

“Tikaman itu mengakibatkan Amirudin mati di tempat kejadian, manakala tiga mangsa yang parah sempat melarikan diri,” katanya.

Ekoran kejadian itu, pihaknya turut merampas sebilah pisau ‘Bugis’ berukuran 20cm panjang yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

“Pisau itu ditemui di tepi tangga berhampiran rumah tempat suspek ditangkap,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hadir sama di sidang media itu ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Inspektor Mutalib Harun.

by Mohd Nazib Macpee

---------------------

Man stabbed to death, friends injured

Kerjasama erat bendung kejadian penculikan: Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan