Rabu, November 28, 2012

GADIS DUSUN 16 TAHUN DIBUNUH? LELAKI PAKISTAN DITAHAN

Mayat gadis sekolah menengah di tepi jalan, lelaki Pakistan ditahan

Norikoh Saliwa KOTA MARUDU 27/11/2012: Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian gadis sekolah menengah di Kampung Ranau, di sini tempoh hari.

Mangsa Norikoh Saliwa,16 tahun

Pemangku Ketua Polis Kota Marudu, Asisten Superitendan Kamarudin Sulaiman berkata suspek berusia 40an ditahan di sebuah bangunan berhampiran pekan berkenaan kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil membantu siasatan kes.

Para anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat ditemui.

“Kita masih siasat punca kematian mangsa yang ditemui terbaring tepi jalan berhampiran Kampung Ranau yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kota Marudu,” katanya.

Terdahulu, gadis yang merupakan pelajar sekolah menengah tingkatan empat itu, Norikoh Saliwa,16, berbangsa Dusun dan berasal daripada Kampung Bombong 1 itu ditemui sekitar jam 12.40 tengah hari pada Ahad lepas itu.

Turut difahamkan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa dan mayat gadis berkenaan telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk proses bedah siasat.

by RUZAINI ZULKIFLI

---------------------

Lelaki warga asing dicekup bawa 1.5kg syabu di LTAKK

China tourists allegedly injure local man

Tiada ulasan:

Catat Ulasan