Tiada kompromi kepada pihak hina budaya Sabah: Musa
KOTA KINABALU September 13, 2012: Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang menghina warisan budaya di Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata, beliau terpaksa mengkritik secara terbuka terhadap pihak tidak bertanggungjawab serta dalang di sebalik laman blog yang menghina tarian sumazau yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya masyarakat Sabah.
“Kami di Sabah sangat berbangga dengan kepelbagaian budaya yang ada. Sabah mempunyai 32 kumpulan etnik yang berbeza dan setiap satunya mempunyai identiti yang unik.
“Walaupun wujud perbezaan di antara satu sama lain dari segi latar belakang dan kepercayaan agama, namun kami sentiasa saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Musa berkata, setiap budaya mempunyai identiti, kekayaan tradisi dan sejarah masing-masing. Tarian sumazau tidak terlepas daripada identitinya kerana tarian itu mempunyai maknanya yang tersendiri dan pada masa yang sama tarian itu dipersembahkan di semua majlis dan untuk semua.
Menurutnya, seluruh dunia mengetahui bahawa Sabah terkenal dengan kekayaan budayanya yang pelbagai dan masyarakatnya cintakan keharmonian dan keamanan.
“Terdapat banyak keluarga, termasuk keluarga saya yang mempunyai ahli keluarga yang asal dari bangsa dan agama yang berlainan…kita di Sabah bagaikan sebuah keluarga yang besar.
“Sebagai Ketua Menteri, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab memimpin negeri ini, pentadbiran saya sentiasa bekerja keras bagi memastikan keharmonian bangsa dan keamanan dijaga dan dilindungi.
“Langkah seperti itu adalah sangat penting untuk membangunkan Sabah dan memacu negeri ini untuk masa depan yang lebih cerah kepada anak-anak kita,” jelasnya.
Musa juga menyokong suara kemarahan yang diluahkan oleh rakyat Sabah terhadap apa-apa penghinaan kepada budaya di Sabah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan agenda mementingkan diri sendiri atau berniat jahat.
Tambahnya, mereka yang tidak mempunyai rasa hormat terhadap nilai budaya Sabah tidak dialu-alukan di sini.
by YAP SIONG HAN
kenalpasti pemilik blog yang telah mempersenda dan menghina tarian sumazau KDM. jangan lepaskan individu/pihak yang sengaja mencetuskan isu2 sensitif.
BalasPadamjangan lepaskan pemilik blog tersebut.
PadamBiar terbongkar semua permainan PR yang cuba menafikan semua ini.
PadamTindakkan pihak yang mengutuk budaya orang lain ini jika dulu memang patut disumbat dalam ISA. Tapi sekarang ISA tidak ada tapi pihak berkuasa ada menyelesaikan masalah ini.
PadamThe post has been deleted by the author.
PadamPenulis harus memberi penjelasan terlebih dahulu.
PadamKadazanDusun Cultural Association (KDCA) Supreme Council member Jeoffrey Ekol said the blogger owes the KadazanDusun community a public apology.
BalasPadamOf course it is. The blogger shouldn't stir up racial sentiments by saying like that.
PadamJeoffrey said he was of the opinion that the blogger’s action means that they view and see all KDM as having low morals.
BalasPadamThe KadazanDusun strongly condemn the article and we want the blogger to publicly apologize to us. The said blogger has no business to comment and what more to belittle the Sumazau dance.
BalasPadamAll KDM ought to condemn this badly intended statement towards our people and don’t try to justify their bad action to belittle our beautiful Sumazau dance.
BalasPadamJeoffrey said he was of the opinion that the blogger’s action means that they view and see all KDM as having low morals.
BalasPadamThis is the biggest insult to the KDM community and it is akins to stirring the hornet's nest.
BalasPadamBiasanya rakyat dari SM yang tidak memahami tentang budaya dan tradisi/latar belakang orang Sabah sering timbulkan isu seperti ni.
BalasPadamsetiap individu harus menghormati budaya masyarakat yang lain
BalasPadamsupaya keharmonian bangsa dan keamanan terjamin
BalasPadammereka yang menghina budaya Sabah harus dikenakan tindakan undang-undang
BalasPadam“Walaupun wujud perbezaan di antara satu sama lain dari segi latar belakang dan kepercayaan agama, namun kami sentiasa saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain,”
BalasPadam--> ya, sudah sekian lama adat ini diamalkan oleh masyarakat setempat hingga sekarang
betul, sangat menyokong tindakan KM ke atas mereka yang menghina budaya Sabah
BalasPadamPairin dan menteri lain juga mengecam tindakan ini.
PadamHarus memberi amaran sebelum tindakan selajutnya diambil.
PadamHarus tiada kompromi kalau tidak makin ramai lagi yang akan berbuat demikian.
BalasPadamMusa is concerned about this thing.
BalasPadamBudaya harus saling dinikmati.
BalasPadamBeliau berhak memberi pendapat, tetapi pendapat yang menghina pihak lain harus dielakkan.
BalasPadam“Sebagai Ketua Menteri, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab memimpin negeri ini, pentadbiran saya sentiasa bekerja keras bagi memastikan keharmonian bangsa dan keamanan dijaga dan dilindungi.
BalasPadamPerpaduan anatra bangsa dan agama harus dilindungi agar negara terus berkembang.
Walaupun penulis SPR telah memohon maaf dan menarik semula artikel penghinaan tersebut, kerajaan melalui pihak polis perlu juga menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas sekiranya perlu.
BalasPadamBorneo Bullet
Syabas kepada Gerakan, KDCA, PBS, UPKO dan UMNO Sabah kerana tegas memperjuangkan serta mempertahankan maruah, keharmonian dan kebudayaan rakyat di negeri ini.
BalasPadamBorneo Bullet