Ahad, September 23, 2012

PERLU IJAZAH UNTUK MELANCONG?

Perlu ijazah

DUBAI 2012/09/19: Pelancong dari negara Asia Selatan yang mengeksport pekerjanya ke negara Emiriyah Arab Bersatu itu, perlu mempunyai ijazah universiti untuk mendapatkan visa. Ia adalah langkah negara kaya itu dalam menghalang kebanjiran pendatang tanpa izin, lapor akhbar tempatan, semalam.

Juruelektrik, jurugegas paip, tukang batu, petani, pemandu, tukang jahit dan pencuci dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Filipina kini diharamkan daripada mendapatkan visa pelancong, lapor akhbar Gulf News yang memetik kata-kata pegawai kanan imigresen.

Langkah itu mewajibkan ijazah universiti sebagai prasyarat untuk mendapatkan visa, kata pegawai itu.

“Jabatan Residensi Persekutuan membuat keputusan mengetatkan syarat untuk pelancong, lawatan dan visa persidangan untuk menghalang kebanjiran pekerja kolar biru dari negara yang mengeksport buruh,” katanya.

Katanya, cara ini akan dapat mengurangkan risiko individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah terancang atau pemerdagangan orang daripada masuk ke negara ini.

Visa pelancong biasanya diuruskan melalui hotel, syarikat penerbangan atau ejen pelancongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan