Selasa, September 25, 2012

KEMELUT KRISIS IDENTITI DI SABAH

KEMELUT KRISIS IDENTITI DI SABAH

Oleh : MUTALIB M.D

25/092012: BAK kata pepatah, diberikan betis, hendakkan peha. Tetapi Warga Asing Indonesia yang mendapat peluang keluar-masuk dari Nunukan ke Tawau setiap hari, bukan sahaja mahukan peha; tetapi yang berada 'dicelah peha'.

Kerakyatan songsang yang dimiliki oleh ADUN Sebatik, Abdul Muis Picho bukan rahsia lagi kepada rakyat perbatasan; terutama Anak Jati Sabah seperti Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Hamid Hassan yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pemimpin Sabah.

Jika daripada seorang Warga Asing Indonesia yang pernah mendapat Taraf Penduduk Tetap, Abdul Muis kembali menjadi PATI setelah mengembalikan PR semata-mata untuk mengeluarkan wang KWSP; datang lagi sebagai PATI, mendapat IC Projek dan boleh terlepas tapisan keselamatan dan kini boleh menjadi Wakil Rakyat di Sabah; apakah ada halangan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah kerana beliau juga memiliki MyKad Malaysia?

Oleh itu tidak hairan jika ramai Warga Indonesia yang selama ini menggunakan Pas Lintas Batas (PALIBA) kini sudah menjadi Warga Mi Segera; ehsan Kerajaan Berjaya dan UMNO; berbangga dengan 'Nyawa' (IC Projek) mereka yang dikurniakan 'Kerajaan Persekutuan' sehingga terlupa bahawa perbuatan mereka adalah subversif dan boleh dihukum pancung 'Tanpa Bicara!'

Salah satu daripada lebih 800,000 contoh orang yang menggunakan PALIBA sebelum ini telah menjadi 'Warga Dua Negara' kerana bebas keluar masuk untuk menghirup udara segar Malaysia dan membuang najis di sempadan negara melalui kegiatan haram termasuk penyeludupan, pelacuran dan kesalahan imigresen ialah Syarifah Laila Bt. S.Alwi.

Majoriti penduduk Kampung Pasir Putih, Tawau kenal siapa dan dari mana Syaripa Laila @ Syarifah Bt S Alwi ini berasal. Memang agak ganjil kerana lazimnya nama Syarifah ialah Kaum Suluk segangkan Syaripa berketurunan Bugis.

Sama ada beliau mendapat kad pengenalan biru 'Ready Made' atau memang miliknya, sukar untuk dipastikan tetapi memang sah beliau adalah PATI Bugis yang sebelum ini menggunakan PALIBA.

Saripah Laila mendapat Pas Lintas Batas bernombor W029905 pada 6 Januari 1978 bagi tempoh setahun sehingga 6 Januari 1979 dan direkodkan dibuku Daftar NNK/1C/118/78. Mengikut maklumat Pas Lintas Batas yang dikeluarkan Kerajaan Indonesia, Saripah dilahirkan di Nunukan pada 1956 menggunakan Kartu Penduduk Indonesia 3510/KND/76.

Pas Lintas Batas adalah Pas Melawat iaitu kebenaran masuk ke Malaysia di Tawau untuk melawat daerah Tawau Sahaja dalam negeri Sabah dalam jangka masa tidak lebih dari satu bulan berdasarkan Perjanjian Sempadan Dengan Indonesia. Tidak sah bagi memohon pekerjaan dan tidak boleh disambung.

Saripah telah mendapat kad pengenalan biru di era Kerajaan Berjaya tetapi semuanya palsu sehinggalah pada 1991 memperoleh Kad Pengenalan Biru bernombor H0498485 melalui Projek Gembleng; X-Files merekrut Warga Asing sebagai Warga Negara, Ahli UMNO dan Pemilih Berdaftar.

Ramai rakan Saripah turut sama mendapat kad pengenalan projek berkenaan tetapi mereka tidak berjaya disebabkan Jabatan Pendaftaran menarik balik kad pengenalan lama bersiri H0492001 hingga H0494500; tidak termasuk yang dimiliki Saripah.

Dengan kad pengenalan projek H0498485, Saripah telah menukar namanya kepada Syarifah Laila Binti S Alwi setelah mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar bagi DUN Apas (Tinagat) dan akhirnya mendapat MyKad 550403-12-5446.

image

Saripah Laila yang dilahirkan pada 1956 di Nunukan telah semula sebagai Syarifah Binti S Alwi di Tawau pada 03 April 1955 di Batu 8, Jalan Apas, Tawau.

Sebagai Warganegara Indonesia yang hidup mewah setelah mendapat Warganegara Segera Malaysia, Saripah kini duduk dan berdiri lebih tinggi daripada Anak Jati Sabah yang tembuninya ditanam di hadapan rumah Datuk Abu Bakar Titingan.

Jika Jawatankuasa RCI Sabah ingin mendapatkan bukti nyata, jejak bertapak tersedia di Jabatan Imigresen Tawau dan Pejabat Konsulat Indonesia Tawau dan mungkin jika diperlukan mengesan mereka, seramai 500,000 orang lagi yang menggunakan modus operandi yang sama masih boleh dikesan dengan mudah.

Jangan terkejut jika dilontarkan sebiji kacang kepada 10 orang Warganegara Malaysia di Tawau, sudah pasti terkena 30 batang hidung Warga Indonesia yang mendapat MyKad projek. Wallahualam!

----------------------

RCI WAJIB FOKUS ISU EMELDA?

29 ulasan:

  1. betul2..tmp aku pn byk knaln bugis (mjriti),pilak,pakistan yg jd wrgngra dgn mudah.iaitu dgn belian ic..dah la asing,dtg Sabah buat kacau.xhrmt org tmptn.jnyh jgn ckp la.smpi pemuda skg jd mgsa ketgih dadah..dadah 2 dr mana??ble ka nek kapal??lepas ka kastam scan d airport? da tntu dr jln tikus.tya la ank jati Sabah,selesa ka dorg dgn kebnjran pati d kk??adik kpd kwn aku sering d ggu masa bejln kaki dr terminal bus ke tmp krj oleh pati.jln d sinsuran org promo dvd lucah.smpi sepanggar ada lg promo ais(shabu).msuk psr pilak,bdk2 pati bekeliaran paksa beli plastik 20sen.tepi jln ada lg promo rokok seludup.jln2 d walkway,ada lg promo brg pns(curi) hrg murah.p kg air,byk pondan byk pelacuran.apa mau jdi dgn Sabah skg?mana ank jati Sabah?mau ka situasi mcm 2 ada utk anak cucu kita?percya la,kalau ank jati Sabah tdk b'satu Sabah akn jd ngri tumpangan.org asg jd tuan anak jati Sabah jd kuli..aku sgt b'hrp lepas tkr krjn nnt,krjn bru akn cuci bersih2 jgn tinggal skit pn sisa dr projek ic..siasat smpi lubg cacing org yg t'libt.yg xmau serah dri 2 bila da t'bukti kslhn rmps sume hrta d jdikn sbg bntuan rkyt susah.gugurkn sementra kewrganegaraan dorg.biar dorg sedar betapa pntg ny ngri Sabah utk anak jati Sabah.jgn la sesekali m'jual negri.utk pemimpin baru kelak, jd la pemimpin bkn pengumpul hrta.tahniah kpd dato Lajim,dgn mandt kprcyn rkyt / penduduk bofot bliau brani tglkn krjn sedia ada utk keadilan rkyt yg mau d juangkn...

    BalasPadam
  2. perkara ini perlu disiasat dahulu. ini brangkali angkara beberapa individu. jangan salahkan kerajaan atau sesiapa saja pun tanpa siasatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Membuat kesimpulan melulu adalah tidak adil. Jadi cara terbaik ialah kita tunggu sajalah hasil siasatan.

      Padam
    2. Mungkin juga ada pihak yang sengaja ingin timbulkan kekacauan.

      Padam
    3. I think there must be some reasons why this thing happened in the first place.

      Padam
    4. Betul..Sebab itulah kenapa perlunya RCI sekarang ini untuk tujuan menyiasat dalang dalam kes ini.

      Padam
    5. Jika mendapat dengan mengikut syarat yang ditetapkan rasanya itu tidak menjadi masalah tapi yang kita tidak ingin mereka yang mendapat dengan cara yang salah ini. Jadi kerajaan perlu menyelesaikan masalah ini sebaiknya.

      Padam
    6. Tidak boleh salahkan kerajaan juga sepenuhnya, kadang-kadang perkara ini terjadi di sebabkan ada sebilangan orang yang terlalu pentingkan duit dan mau mendapatkan duit dengan cara yang senang.

      Padam
    7. Buatlah siasatan yang wajar.

      Padam
  3. Siasatan yang teliti di perlukan demi kebajikan Sabahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang patut ada siasatan kalau tidak ada pihak yang tidak salah pun disabit kesalahan.

      Padam
    2. Jalankan siasatna dengan segera demi kepentingan rakyat Sabah.

      Padam
    3. Hak & kepentingan rakyat harus diutamakan.

      Padam
  4. Siasat perkara ini dan dedahkanlah hal sebenar supaya rakyat tahu apa yang berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat, kerajaan telah banyak membuat program untuk menghalau pati keluar dari Sabah.

      Padam
    2. Isu PATI tidak harus diabaikan sedangkan jumlah ini semakin berganda-ganda jumlahnya.

      Padam
  5. Masalah pati di Sabah memang agak teruk dan sudah berpanjangan terlalu lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah Pati ini memberi kesan juga kepada pembangunan dan ekonomi Sabah. Usaha harus lebih di perbanyakan lagi, untuk menghantar mereka balik.

      Padam
  6. Some of the voters should come up and tell why they have to do such thing.

    BalasPadam
  7. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya. Pastikan isu pati ditanggani bagi membolehkan PRU berjalan lancar.

    BalasPadam
  8. Apa pun masalah sebegini akan selesai.

    BalasPadam
  9. Selagi isu pati timbul selagi itulah gesaan utk RCI ditubuhkan berterusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. RCI akan di tubuhkan, kita tunggu sahaja.

      Padam
    2. RCI amat perlu bagi selesaikan isu PATI di Sabah.

      Padam
  10. makin berleluasa PATI sekarang ni. ini membimbangkan.

    BalasPadam
  11. Isu PATI selagi tidak diselesai dengan bijak, ini akan mendatangkan impak yang amat negatif.

    BalasPadam
  12. bukan seorang individu sahaja yang perlu diberikan fokus.. biarlah RCI jalankan siasatan secara menyeluruh..

    BalasPadam
  13. kerajaan dibawah pentadbiran Najib dan Musa Aman memandang serius masalah ini.. sebab itu RCI ditubuhkan..

    BalasPadam
  14. kerajaan bukan sahaja menubuhkan RCI untuk Sabah, malah kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama. Banyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.

    BalasPadam