Ahad, Ogos 26, 2012

JANGAN JADI SERIGALA PRIHATIN DI HADAPAN BIRI-BIRI

JANGAN JADI SERIGALA PRIHATIN DI HADAPAN BIRI-BIRI

August 24, 2012: KETUA UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih, Dato' Ambiga Sreenevasan yang berlagak seperti Serigala ' di tengah sekawan biri-biri; sedangkan mereka mempunyai agenda tersembunyi apabila mengumumkan persaraan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

"Soal bila hendak bersara tidak penting dan tidak ada kaitan dengan kebajikan dan perjuangan membela rakyat. Persaraan yang bersyarat memberi gambaran bahawa motivasi dan pendorong utama beliau berpolitik ialah untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan bukan membela rakyat seperti yang sering dilaungkannya," kata Masidi ketika dihubungi melalui telefon sebentar tadi.

Masidi yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah turut mengecam tindakan Ambiga yang secara tidak langsung mengakui bahawa Bersih hanya relevan sehingga PRU13.

"Pengakuan ini dengan jelas membuktikan bahawa Anwar dan Ambiga adalah dalam pasukan yang sama yang sedang berusaha menumbang Kerajaan Barisan Nasional," ujar Masidi lagi.

Bersih, kata Masidi, sekadar bertopeng politik bagi meluaskan medan tempur politik Anwar untuk memerangi BN dengan menarik sokongan mereka yang bukan ahli mana-mana parti politik melalui NGO.

"Saya berasa agak pelik kenyataan niat bersara Ambiga yang dikaitkan juga dengan persaraan Anwar; seolah-olah perjuangan Bersih lebih kepada memastikan Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri," tegas Masidi yang membayangkan perjuangan Bersih dan Anwar akan berakhir sekiranya Pakatan Rakyat tewas.

Pengakuan ini, kata Masidi, sekaligus menghakiskan kredibiliti Ambiga sebagai pejuang 'non-partisan'/'non-political' dan menamatkan sebarang keraguan yang beliau/Bersih adalah rakan kongsi Anwar/Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menumbang Kerajaan.

"Anwar dan Ambiga bagaikan serigala jantan dan serigala betina yang cuba berkelakuan baik di hadapan sekawan biri-biri yang sesat; sedangkan niat sebenar mereka ialah untuk membaham biri-biri berkenaan," sindir Masidi yang melihat Anwar menggunakan muslihat yang hampir sama dengan Ambiga dan berselindung di sebalik National Endowment For Democracy (NED) yang mendapat pembiayaan langsung Amerika dan sekutunya Yahudi.

Oleh : MUTALIB M.D

13 ulasan:

  1. kita harus tahu menilai sebaik mungkin lakonan Anwar untuk menarik perhatian rakyat undi PR/PKR.

    BalasPadam
  2. Rasanya mungkin Anwar akan bersara dalam dunia politik lepas PRU13.. Atau hanya sekadar gimik saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah kalau segera bersara. sekurang2nya redalah keadaan huru hara di negara ni yang disebabkan oleh beliau.

      Padam
    2. kita tgk nnti, dia akan bersara atau tidak.

      Padam
  3. Mengenai Anwar kita perlu sedar yang mana dia adalah individu yang sememangnya pelakon politik.

    BalasPadam
  4. Pelbagai masalah telah dibuat oleh Anwar semasa menjadi TPM dahulu. Tapi beliau cuba menafikan semua ini untuk memastikan nama tidak terjejas.

    BalasPadam
  5. Tidak dinafikan luas pengaruh Anwar tapi digunakan dengan cara yang salah.

    BalasPadam
  6. sudah tentu Ambiga akan menyokong Anwar untuk merampas jawatan PM kerana hanya melalui Anwar barulah hasrat Ambiga untuk memastika amalan LGBT di negara ini subur selama2nya..

    BalasPadam
  7. berkenaan dengan pengumuman Anwar kononnya mahu bersara selepas PRU jika gagal merampas kerajaan, hanya gimik politik semata2.. pengumuman itu sekadar mendapatkan sokongan simpati dari rakyat..

    BalasPadam
  8. The opposition should not be given a chance to rule the country as it hinges only around one man, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, notes Penampang Umno chief Datuk John Ambrose.

    BalasPadam
  9. Although the general election was around the corner, the opposition front had yet to inform the people who the deputy prime minister would be, if Pakatan Rakyat won the election.

    BalasPadam
  10. Unlike Barisan Nasional (BN), everyone knows that Datuk Seri Najib Tun Razak will be prime minister, and Tan Sri Muhyiddin Yassin, the deputy prime minister, once BN was returned to power.

    BalasPadam
  11. Anwar is only interested in himself, becoming the prime minister and has no plans at all for the country.

    BalasPadam