Khamis, Ogos 23, 2012

BURUH MAUT 14 TIKAMAN

Buruh maut 14 tikaman

LAHAD DATU August 4, 2012: Akibat pertengkaran selepas sesi minum minuman keras, seorang buruh ladang maut dengan 14 kesan tikaman bertubi-tubi pada bahagian dada dalam satu kejadian sebuah ladang di Jalan Permai, di sini, pada Rabu lalu.

Selepas mangsa dibunuh, mayat mangsa yang dikenali sebagai Behelio, 26, segera dimasukkan dalam keranda untuk dikebumikan bagi mengelak perbuatan itu dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Shamsudin Mat, berkata cubaan itu bagaimanapun gagal selepas perbuatan mereka disedari orang awam yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis.

Berikutan itu, katanya, empat lelaki warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian pembunuhan itu.

Shamsudin berkata pihaknya dimenerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam dan bergegas ke lokasi kejadian dan membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang Tan Wan Ping, Jalan Permai.

“Di tempat kejadian, kita menjumpai mayat mangsa yang sudah dimasukkan ke dalam keranda dan hasil pemeriksaan pada mayat itu terdapat lebih kurang 14 tikaman di bahagian dada. Mangsa dipercayai dibunuh,”katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati punca kejadian disebabkan pertengkaran yang berlaku selepas sesi minum minuman keras antara mangsa dan salah seorang suspek terbabit.

“Pertengkaran itu membangkitkan kemarahan suspek yang dikatakan bertindak menikam mangsa sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Beliau berkata ekoran penahanan keempat-empat suspek yang berusia 17 hingga 30 tahun itu pihaknya turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

by Mohd Nazib Macpee

4 ulasan:

  1. Apa pun jauhilah dari meminum sehingga mabuk. Kerana ini akan menyusahkan orang lain.

    BalasPadam
  2. Bila hilang pertimbangan dan kewarasan minda, beginilah jadinya.

    BalasPadam
  3. remaja umur 17 tahunpun terlibat?? apa mahu jadi dengan manusia sekarang ni..

    BalasPadam
  4. eloklah semuanya sudah diberkas.. pasti hukumannya setimpal.. sekurangnya2 berkurangan juga warga asing di negeri ini..

    BalasPadam