Jumaat, Ogos 24, 2012

APMM KENAL PASTI LALUAN PATI MEMASUKI SABAH

APMM kenal pasti laluan PATI memasuki Sabah

SANDAKAN 12th August, 2012: Ketua Peng- arah Agensi Penguatkua- saan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Amdan Kurish, berkata kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tidak lagi digelar laluan tikus selepas dipercayai mereka menggunakan jalan yang disediakan kemudahan dan berhampiran kampung.

Beliau percaya ada dalang seperti penduduk tempatan yang membantu mereka me- masuki perairan negara dengan menunggu di suatu kawa- san sebelum di bawa ke sebuah kampung.

“Kita sudah kenal pasti laluan yang digunakan PATI ini untuk memasuki Sabah dengan mengadakan kawalan ketat ke atas semua lokasi,”

katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama anggota APMM seluruh Sabah dan Penyerahan Sumbangan kepada Anak Yatim di sebuah hotel, di sini, pada Jumaat lepas.

Mohd Amdan berkata, kira-kira 1,412 tangkapan berjaya dibuat bermula Januari sehingga Ogos tahun ini.

Katanya, sebanyak tujuh buah kapal beroperasi di negeri ini dan jumlah tersebut akan bertambah sempena musim perayaan ini.

“Operasi APMM akan terus dipertingkatkan terutama mengekang penyeludupan barang mentah seperti minyak masak dan gula ke negara jiran untuk dijual lebih mahal daripada harga subsidi yang diberikan kerajaan.

Tambahnya, laut akan te- rus dikawal sempena musim perayaan kerana pada waktu malam atau subuh kegiatan membawa masukPATI aktif dilakukan pada ketika itu.

“Selain daripada itu, ka- walan dibuat bagi mengelak kumpulan berhaluan kiri se- perti Abu Sayaf memasuki perairan negeri ini,” jelasnya sambil menambah bahawa anggota APMM turut ditambah bagi mengawal keadaan laut dan perairan dengan ketat khususnya pada musim perayaan.

Katanya, sebanyak 5,275 kekosongan penjawatan yang diluluskan da lam APMM masih belum diisi.

Menurut beliau, sebanyak 1,000 kekosongan penjawatan tidak diisi selepas pasukan kastam dan polis menyerah- kan bot pada tahun lalu kepada APMM tanpa anggotanya.

“Sebanyak 1,066 penjawa- tan diisi selepas 91 bot dipindahkan pada tahun lalu ke APMM. Namun, hanya 65 sahaja anggota kastam dan polis menyertai APMM selepas menyerahkan bot mereka,” ujarnya.

Yang turut hadir sama ialah Ketua Penguatkuasa APMM Labuan dan Sabah, Laksamana 1 Karunanitihi A/K Munusamy; Ketua Penguatkuasa Daerah Sandakan, Kapten Abdul Razak Rahman; Ketua Penguatkuasa APMM, Kapten Wan Mat Wan Abdullah dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

Mohd Amdan memberitahu bahawa kekosongan sedia ada sebanyak 4,275 ditambah dengan penjawatan yang belum diisi selepas penyerahan bot menjadikan jumlah keseluruhan 5,275.

“Setakat ini, pusat latihan APMM hanya mampu melatih 200 sehingga 300 pelatih disebabkan kekurangan jurulatih. Adalah dijangkakan pada tahun ini … pelatih mampu dilatih sehingga 800 orang apabila jumlah kekurangan pelatih dapat dipenuhi sekali gus mencapai sasaran 10,000 keko- songan jawatan akan diisi,” katanya.

--------------

Warga asing miliki 15 paket syabu ditahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan