Khamis, Julai 19, 2012

RAMJIT, ANAK JATI SABAH PERTAMA DILANTIK PANGLIMA 5 BRIGED

Ramjit, anak jati Sabah pertama dilantik Panglima 5 Briged

ABD Halim (kiri) menyerahkan buku log kepada Ramjit (kanan) sebagai simbolik majlis penyerahan tugas, sambil disaksikan Mohd Zaki (tengah) di Kem Lok Kawi kelmarin.

KOTA KINABALU July 18, 2012: Tanggal 17 Julai menjadi tarikh bersejarah buat rakyat di negeri ini apabila Brig-Jen Datuk Ramjit Singh yang merupakan anak jati Sabah telah dilantik sebagai Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, di sini.

Berasal dari Kimanis, Ramjit menggantikan Brig-Jen Datuk Abdul Halim Jalal yang ditukarkan ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat di Kuala Lumpur.

Abdul Halim bakal memegang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Latihan di markas berkenaan.

Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mej-Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar yang disempurnakan di padang kawad kem itu di sini kelmarin, selepas diberikan penghormatan untuk mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan buat kali terakhir.

Dalam pada itu, Abdul Halim pada sidang media amat berterima kasih dengan kerjasama pihak kerajaan negeri bersama warga tentera yang banyak membantu dari segenap segi.

Menurutnya, banyak pengalaman pahit dan manis semasa bertugas di sini yang akan tidak dilupakan seumur hidup.

“Antaranya ialah menempa kejayaan membantu kerajaan negeri mencipta nama dalam Malaysian Book of Records dengan menaikkan logo 1Malaysia terbesar di puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Kebangsaan pada tahun lalu.

“Kami juga menyumbang kepada Strategi Lautan Biru dengan membina sebanyak 30 buah rumah kepada mereka yang memerlukan pada tahun lalu dan sebanyak 14 projek bekalan air telah dan sedang dilaksanakan di negeri ini,” katanya.

by RUZAINI ZULKIFLI

5 ulasan:

  1. tahniah.. jalankan tanggungkawab dgn baik.

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada Datuk Ramjit Singh kerana menjadi anak jati Sabah pertama dilantik sebagai Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi.

    BalasPadam
  3. Harap beliau akan melakukan yang terbaik untuk mengantikan Brig-Jen Datuk Abdul Halim Jalal.

    BalasPadam