Isnin, Julai 16, 2012

PENGGUNA MARAH TIADA BEKALAN GULA & MINYAK MASAK

Masyarakat Beaufort marah tiada bekalan gula, minyak masak di kedai runcit

BEAUFORT 15th July, 2012: Masyarakat Beaufort marah kerana ketiadaan bekalan gula dan minyak masak untuk di beli sejak beberapa minggu lalu.

Semua pasaraya mahupun kedai-kedai menjual runcit tidak ada menjual gula mahupun minyak masak.

Setiap kali hampir Ramadan memang akan berlaku masalah seperti ini dan ianya macam suatu budaya yang disengajakan, kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Pengguna Umno Beaufort, Abd Sanon Haji Sapri berkata demikian semasa menghubungi New Sabah Times, di sini kelmarin.

“Sepanjang pengetahuan kami, tidak ada masalah keputusan bekalan gula dan minyak masak di Kota Kinabalu mahupun di Sipitang tetapi kenapa masalah ini berlaku di Beaufort?,” katanya.

Beliau juga berharap Kementerian Perdagangan dan Hal ehwal Pengguna wajar memantau dan menyiasat apa masalahnya dan mengambil tindakan kepada pembekal yang sengaja tidak menghantar bekalan ini dan mengambil tindakan jika ternyata menyorok barang keperluan utama ini.

Abd Sanon yang juga Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Sabah melihat masalah ini cukup menjejaskan kehidupan harian masyarakat Beaufort malah telah menjejaskan perniagaan para peniaga khususnya kepada restoran dan penjaja makanan.

“Macam satu trend permainan, mengapa di saat-saat umat Islam mahu menyambut ketibaan Ramadan masalah ini berulang sebagaimana tahun-tahun lalu,” katanya.

Beliau juga difahamkan selain ketiadaan bekalan gula dan minyak masak, banyak barang-barang keperluan lain seperti bawang merah, bawang besar dan bawang putih yang kini melambung harga daripada RM5 kepada RM10 sekilogram.

Katanya, Biro Hal Ehwal Pengguna Umno bimbang harga barang ini akan melambung naik yang mana masyarakat akan mengaitkannya dengan politik dan rakyat hilang percaya kepada kerajaan kerana gagal memantau masalah ini.

11 ulasan:

  1. masalah ini sering berlaku terutama apabila dekat2 musim perayaan.

    BalasPadam
  2. peniaga mungkin sudah siap sedia simpan stok untuk jual dalam harga yang lebih mahal.

    BalasPadam
  3. Permintaan banyak, penawaran dan pengeluaran kurang.kalau sudah mengalaminya setiap tahun,sepatutnya punca2 dan cara mengatasi masalah ni sudah dapat dikenalpasti.

    BalasPadam
  4. Belum raya sudah masalah ini timbul.

    BalasPadam
  5. Semoga isu masalah kekurangan ini akan dapat diatasi sebaiknya. Jangan biarkan perkara ini berterus.

    BalasPadam
  6. jangan sempitkan fikiran.. kerajaan juga tidak mahu perkara ini berlaku.. majoriti pemimpin2 kerajaan juga menyambut bulan Ramadan..

    BalasPadam
  7. macam mana sekalipun persediaan dibuat, barang yang berasaskan sumber bahan mentah tetap ada had pengeluarannya.. ditambah lagi dengan sikap sesetengah peniaga yang suka menyembunyikan barangan keperluan ini..

    BalasPadam
  8. There is sufficient supply of essential food items for the fasting month in Sabah, despite the artificial shortage of certain products caused by panic buying among consumers. The Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Ministry (KPDNKK) office here yesterday said they were monitoring the market situation closely, especially the supply of sugar and the 1Kg packet cooking oil that appeared to be low in certain areas.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Deputy director of KPDNKK Sabah, Roslee Hamid, said demand for the two items had spiked in the west coast, with families racing to clean the shelves at local stores in panic buying to fill their stockpile for the coming Hari Raya. This was triggered by the delay in shipment of supply about a month ago, which has led to panic buying in certain districts affected by the delay.

      Padam
    2. The public started buying sugar in bulk because they perceived this as a real shortage, but this is limited to the west coast while the situation in the east coast is normal. He noted the ministry had not issued any directive to shop operators to impose a ration to their customers to avoid triggering further panic buying.

      Padam
    3. He assured there was sufficient supply of sugar in the market and there was no reason for the public to worry, noting that a fresh shipment of supply had just arrived in Sabah. He said other items such as cooking oil, flour and spices, which are always on high demand during the fasting month and Hari Raya, were also abundant.

      Padam