Selasa, Julai 03, 2012

PEMEGANG IJAZAH BOLEH MOHON JAWATAN SPM

SPA perkenal dua dasar baru permohonan jawatan

KUALA LUMPUR 2 Julai 2012- Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuat kuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.

  • Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

  • Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.

Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.

Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan. - Bernama

10 ulasan:

  1. bgs.. satu penambaikan yng baik dari JPA.

    BalasPadam
  2. Siapa yang berkelayakan, jangan persiakan peluang ini kerana peluang tidak datang kedua kalinya.

    BalasPadam
  3. Ini boleh membenarkan pemegang ijazah untuk mendapatkan pekerjaan bersama Suruhanjaya Perkhimatan Awam. Semoga mereka yang layak akan cuba memohon.

    BalasPadam
  4. Harap lebih banyak peluang akan dibuka kepada para penggangur dalam negeri. Terutamanya mereka yang mempunyai ijazah tetapi masih gagal mendapatkan pekerjaan.

    BalasPadam
  5. Satu peluang kepada pemengang ijazah untuk mendapat perkerjaan dalam penjawat awam.

    BalasPadam
  6. dulu, 8 jawatan, lepas tu 5 jawatan dan sekarang boleh memohon sampai 15 jawatan.bagus.

    BalasPadam
  7. Maknanya, pemegang ijazah boleh memohon jawatan dalam separa perubatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon saja, kalau dapat bagus la ada rezeki.

      Padam
  8. Jangan lepaskan peluang, cuba2 la nasib.

    BalasPadam
  9. bagaimana dengan gaji? adakah pemegang Ijazah yang memohon jawatan spm ini akan dibayar mengikut tahap pendidikan??

    BalasPadam