Isnin, Jun 04, 2012

SALLEH TOLAK SYOR LAJIM MOHON MAAF KEPADA RAKYAT SABAH?

Salleh Tolak Syor Lajim Mohon Maaf Kepada Rakyat Sabah?

Kelmarin saya sempat bertemu dan berborak dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Tun Said(DSSK) di majlis perkhawinan anak buah saya bertempat di kampung Bunga Tenghilan, daerah Tuaran.

Antara perbincangan dan persoalan hangat yang saya ketengahkan kepada DSSK ia lah rasional disebalik kenyataan beliau bahawa Perkara 20 tidak lagi relevent.

Terutama sekali bilamana rakan beliau dari UMNO, Datuk Seri lajim Okin menyarankan agar DSSK menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada rakyat Sabah dalam masa 10 hari kerana tergamak menyentuh sentimen rakyat Sabah akibat kenyataan tersebut.

  • Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga berpendapat kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan.
  • Anggota Parlimen Kota Marudu itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.
  • Isu ini bermula bilamana Salleh dalam ucapannya dalam bengkel BN Cyber Toppers yang diadakan untuk menangkis propaganda pembangkang dalam alam maya dipetik berkata bahawa 20 perkara yang melibatkan Sabah Sarawak sudah tidak SAH dan TERBATAL setelah sebahagiannya menjadi Akta Malaysia 1963.
  • Rumusan yang saya hayati dari penarangan DSSK sendiri ia lah beliau bukan mempersoalkan tentang semangat yang termaktud dalam memorendum (perlembagaan awal) perkara 20, tetapi pada realiti yang tersurat dalam perlembagaan Malaysia dan juga negeri Sabah tidak mempaparkan bahawa perkara 20 itu sebagai rujuan resmi kerajaan masa kini.
  • Walau macam mana pun, menurut Salleh, ada di antara perkara tersebut yang telah pun dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.
  • Justeru, hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela dan dihormati oleh Barisan Nasional dan dalam isu yang sama Salleh tegaskan bahawa beliau tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara sebagai memorandum tetapi bukan nya dalam bentuk perundangan.
  • Dalam pada itu, beliau merasakan bahawa beliau membuat kenyataan ada lah berasaskan lunas2 demokrasi dan hak beliau selaku pemimpin.

Orang lain tidak perlu memaksa beliau untuk mengikuti telunjuk mereka dengan menghalang beliau dari membuat sebarang kenyataan yang bertentangan dengan ideologi mereka. Masing-masing ada hak untuk bersuara , kata beliau.

    Selanjutnya beliau menekankan bahawa beliau tidak perlu tunduk kepada ancaman Lajim agar memohon maaf kepada rakyat dalam jangka 10 hari yang ditentukan.

    Disebaliknya, DSSK mencabar Lajim agar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan juga Ahli Parlimen kerana kekeliruan beliau sehingga memesongkan kenyataan yang tersurat dan tersirat DSSK.

    Sumber: Penulis Solymone, Agensi

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan