Ahad, Mei 06, 2012

HORMATILAH TUGAS WARTAWAN, KATA FSJA

Hormatilah Tugas Wartawan, Kata FSJA

KUCHING May 6, 2012– Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) berharap pihak berkuasa, badan bukan kerajaan, parti politik dan individu menghormati wartawan yang menjalankan tugas profesional mereka, kata presiden barunya Sulok Tawie hari ini.

Beliau berkata FSJA juga menasihati wartawan, terutama di Sarawak, menghormati undang-undang negara serta mengelak daripada menulis isu sensitif, kerana jika ia disiarkan, boleh mencetuskan perbalahan dan merosakkan keharmonian dalam beragama.

“Kami menganggap sebarang cubaan untuk menghalang mereka daripada menjalankan tugas, dengan apa jua cara sekalipun, sebagai perbuatan tidak menghormati tugas wartawan. Kami tidak mahu mereka dipukul atau dihina melalui kata-kata ketika sedang menjalankan tugas di lapangan,” katanya dalam kenyataan di sini sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Beliau berkata wartawan sepatutnya diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tugas mereka demi kepentingan orang ramai dan, jika perlu, mereka patut dibantu dengan memberi maklumat yang mereka cari, untuk membolehkan mereka menulis laporan yang lengkap dan menyeluruh.

“Kami tidak dapat menerima sebarang cubaan untuk menghalang atau mengancam mereka apabila mereka mencari maklumat atau memiliki maklumat yang mungkin tidak disukai pihak berkuasa atau individu tertentu,” katanya sambil mencadangkan agar majlis media bertindak sebagai badan penyelia bagi semua wartawan di negara ini.

-----------

Journalists federation elects new committee

“We may be supporters of certain parties personally, but we do not want the federation and its affiliates to be used by either the ruling coalition or the opposition. We must be truthful in what we write,”

“The media council is similar to the Bar Council and other professional regulating bodies and this council will deal with the conduct of journalists, among others.

“Any allegations of unfair or twisted reporting can be brought up to this council, which serves like an independent complaints bureau.

“The National Union of Journalists and the Attorney-General Chambers are still working on the provisions and looking at all feasible aspects before forming the council,”

Sulok Tawie Federation of Sarawak Journalists Associations (FSJA) elected president

 

------------------

Siasatan Kenal Pasti Dalang Guling Kerajaan Bermula – KPN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan