Amah Indonesia pijak anak majikan dijel
NANIS dera anak majikan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan semalam selepas dijatuhi hukuman penjara.
KUANTAN 5 Mei 2012 - Mahkamah Sesyen semalam menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap amah warga Indonesia yang mengaku bersalah melakukan penderaan ke atas anak majikannya yang juga kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) pada Mac lepas.
Hakim Noradidah Ahmad juga menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Nanis Supardi, 40, kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memijak muka, leher, perut dan dada mangsa serta menekup muka dan memasukkan air ke dalam mulut kanak-kanak perempuan malang yang berusia 11 tahun itu.
Perbuatan keji tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang majikannya dan dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 6 hingga 6.30 petang di Lot 2923, Kampung Batu Hitam, Beserah pada 13 Mac lepas.
Noradidah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dan berkuat kuasa sejak tarikh penangkapan tertuduh pada 14 Mac lepas.
--------------
Rahsia kegiatan jenayah sindiket culik didalangi warga asing di sini terbongkar apabila polis menahan 11 penculik dan menyelamatkan empat mangsa yang dikurung dalam tiga serbuan di sini dan ibu negara kelmarin.
------------------
Isteri maut ditikam suami kerana tegur suami malas
KINABATANGAN 3 Mei 2012- Seorang isteri maut ditikam suaminya yang marah kerana isterinya menegurnya malas untuk membantu membuat kerja rumah.
Kejadian berlaku di rumah pekerja sebuah ladang sawit di Ladang Genting Tanjung, Kampung Arau di sini pada pukul 7 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata selepas menikam isterinya, suspek cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sebanyak sembilan kali.
"Wanita itu dikenali sebagai Intan Bago berusia lingkungan 30-an yang mati di tempat kejadian, manakala suaminya yang juga berusia 30-an berada dalam keadaan kritikal dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu," katanya.
Beliau berkata mengikut laporan awal, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara pasangan suami isteri warga Indonesia itu selepas anak kecil mereka menangis.
Mangsa yang berada di dapur lalu menegur suaminya kerana tidak mahu membantunya mengurus kerja rumah, kata Lugu dan menambah suspek yang naik berang dengan teguran itu lalu meluru ke dapur dan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.
"Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi rebah berhampiran pintu belakang rumah itu dan suaminya yang panik dengan keadaan itu bertindak menikam diri sendiri untuk membunuh diri," katanya.
-----------------
TAWAU 04 Mei 2012: Gara-gara laman sosial facebook, seorang wanita warga Indonesia didenda RM500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas didapati bersalah menampar seorang wanita pada 24 Februari lalu.
Tertuduh, Salma Lambi, 27, mengaku bersalah di hadapan Majistret Edward Paul apabila didapati sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Surhani Muhammad pada jam 9.30 pagi di Kampung Tanjung Batu, Jalan Tanjung Batu, pada 24 Februari lalu.
Tertuduh dikatakan berbuat demikian selepas mendapati gambarnya dimuat turun ke dalam laman sosial berkenaan.
Menurut fakta kes, mangsa ditahan tertuduh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas tidak berpuas hati apabila gambarnya berada di dalam lama sosial berkenaan.
Tertuduh mendakwa mangsa sengaja meletakkan gambar bertajuk ‘orang sedang makan orang’ dalam laman sosial itu yang ditujukan kepada tertuduh dan keluarganya.
Tertuduh menampar pipi kiri mangsa sebelum beredar.
Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan di mahkamah sama, seorang lelaki warga Indonesia turut didenda RM500 selepas mengaku menampar seorang wanita, yang juga kerani di tempat dia bekerja di Wan Ling Advertising, Kilometer 2, Jalan Kuhara, kira-kira jam 8 pagi, pada 24 Februari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan