Muhamad Iskandar Rasiq Shaari yang cedera selepas dirempuh kereta "drag" sewaktu menonton perlumbaan itu Sabtu malam. Turut hadir di Hospital Putrajaya ialah bapa Iskandar, Shaari Bujang. Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 itu, seramai 17 orang penonton cedera manakala empat daripadanya cedera parah
--------------
3 parah, 19 cedera ringan ketika menyaksikan perlumbaan drag
PUTRAJAYA 27 Mei - Tiga cedera parah manakala 19 cedera ringan apabila sebuah kereta merempuh penonton yang sedang menyaksikan perlumbaan drag sempena karnival Himpunan Jutaan Belia di sini, malam tadi.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam tadi ketika sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula, di tapak perlumbaan drag di Presint 19 di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer hilang kawalan lalu merempuh penonton yang sedang berdiri.
"Pemandu kereta telah ditahan dan diikat jamin. Kereta ditahan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Putrajaya.
"Ketika kejadian, perlumbaan baru bermula, pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi tempat penonton berdiri," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) di sini semalam.
------------
kemalangan minit 5:25
Malangnya pihak penganjur tidak mampu memastikan keselamatan para penonton semasa perlumbaan tersebut.
BalasPadamMalang tidak berbau.
BalasPadamPerlumbaan haram ka ini?
BalasPadamini bukan perlumbaan haram, tapi pihak penganjur seharusnya tau dalam memastikan tahap keselamatan dalam keadaan baik.
PadamSebaiknya lakukan ditempat yang lebih selamat.
BalasPadamKesihan itulah malang tidak berbau.
BalasPadamKeadaan pasti akan pulih seperti biasa jika ada rawatan yang baik.
BalasPadamPastikan di masa hadapan tidak berlaku lagi kejadian seperti ini.
BalasPadamkalau tidak silap, pihak penganjur telah mengarahkan supaya para penonton tidak berdiri di tepi jalan, namun tetap juga ada penonton yang melanggar arahan itu.. mungkin dimasa2 akan datang, kawasan perlumbaan drag ini perlu dipasangkan pagar yang tinggi dan kukuh..
BalasPadamBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
Be careful and next time don't stand too near with the drag area.
BalasPadamHarap pihak penganjur akan memastikan tahap keselamatan.
BalasPadam