Khamis, April 19, 2012

WARGA EMAS TERKEJUT SPR MAKLUMKAN SUDAH MENINGGAL

WARGA EMAS TERKEJUT SPR MAKLUMKAN SUDAH MENINGGAL

190412_front_abubakar

Abu Bakar di samping isterinya menunjukkan MyKad dan baucar BR1M membuktikan bahawa beliau masih hidup

TENOM 19th April, 2012: Seorang warga emas kesal dan terkejut apabila dimaklumkan oleh kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beliau sudah meninggal dunia.

“Saya masih hidup dan masih memegang MyKad yang bernombor 321022-12-5013 dan pada Rabu (18 April) saya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500,” kata Abu Bakar Bin Djunus 80, yang tinggal di Kg. Cinta Mata.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12) 2008 beliau tidak dapat mengundi kerana namanya telah tercicir dalam daftar pemilih.

“Kerana semangat sebagai warga negara Malaysia yang ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih maka dua bulan yang lalu saya mendaftar semula sebagai pemilih di Pejabat Daerah Tenom,” jelas Abu Bakar.

Tetapi apa yang memeranjatkan kata Abu Bakar, dua hari yang lalu beliau dimaklumkan oleh kakitangan SPR bahawa namanya ditolak sebagai pemilih kerana dilaporkan sudah meninggal dunia.

“Bagaimana SPR mengesahkan saya sudah meninggal dunia sedangkan saya masih hidup dan masih tinggal bersama isteri,” kata Abu Bakar.

Abu Bakar memberitahu, beliau amat kesal dengan perkara ini kerana beliau dilaporkan oleh SPR sudah meninggal dunia walhal beliau masih hidup.

“Sebagai rakyat Malaysia yang tulen dan lahir di Kg. Cinta Mata sejak 80 tahun yang lalu meminta supaya didaftar semula sebagai pengundi,” ujar Abu Bakar.

Isteri Abu Bakar, Puan Fatimah binti Imam Haji Mohd. Kassim turut kesal dengan SPR yang mengatakan suaminya sudah meninggal dunia.

--------------

‘GHOST VOTER’ PUZZLE FOR EC

“I am still alive, not dead,”

“How can the EC say I have died when I am still standing in front of you?”

Abu Bakar insisted as he showed this reporter his Mykad.

26 ulasan:

  1. Diharapkan SPR akan mengambil perhatian terhadap isu ini, jelas warga emas ini masih belum meninggal dan layak mengundi, kesilapan ini perlulah dibetulkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesilapan ini tidak harus berlaku. SPR harus membaiki lagi kelemahan yang ada.

      Padam
    2. Siasat apa yang berlaku yang menyebabkan kesilapan serius ini berlaku.

      Padam
  2. SPR perlulah memastikan senarai pengundi adalah tepat dan telus, mereka yang layak untuk mengundi perlulah dikekalkan dan mereka yang mempunyai status yang diragui perlulah disiasat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SPR dan JPN perlu bekerjasama dalam memastikan tiada pengundi yang diragui.

      Padam
    2. Pengundi yang tidak tahu laatr belakang atau diragui harus dilucutkan dari senarai.

      Padam
  3. Makanya BERSIH 2.0 & BERSIH 3.0 diwujudkan bagi membersihkan segala kekotoran yang sengaja diwujudkan oleh pihak tertentu.

    BalasPadam
  4. Dari mana maklumat yang diperolehi oleh SPR?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma SPR dapat menjawab soalan ini. Kesilapan ini bukannya pertama kali tetapi dah banyak kali berlaku.

      Padam
  5. daftar senarai nama pemilih harus dibersihkan sebelum pru13...

    BalasPadam
  6. bagaimana pula dengan rekod JPN? adakah beliau diisytiharkan sudah meninggal dunia? sebab yang memaklumkan beliau telah meninggal dunia ialah kakitangan SPR..

    BalasPadam
  7. kes2 seperti ini harus diselesaikan segera oleh pihak berkenaan..

    BalasPadam
  8. adei. .just because he is old doesn't make him decease.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I hope its not an assumption made by SPR that Abu Bakar is dead.

      Padam
  9. We need RCI to be set up before election to ensure a clean and fair election.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Surely the federal government will do brilliant decision to setup the RCI to address the PATI problem.

      Padam
  10. Pengundi yang diragui arus disiasat untuk menjamin keadilan PRU.

    BalasPadam
  11. RCI harus ditubuhkan untuk mengenal pasti masalah. Semakin banyak identiti pengundi diragui, tidak mungkin PRU akan adil dan bersih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SPR perlu mengemaskini nama2 yang berdaftar.

      Padam
  12. Ini berkemungkinan ada kesilapan teknikal, harus diselesai dan dikemas kini.

    BalasPadam
  13. Untuk warga emas, ini merupakan kes yang amat serius dengan tuduhan kematian tersebut.

    BalasPadam
  14. Memang tidak patut la. Kecuai SPR memang menjejaskan imej saja.

    BalasPadam
  15. SPR perlu perbaiki kesilapan mereka ini, selaraskan senarai pemilih mereka dgn data di JPN.

    BalasPadam
  16. Mungkin ada kesilapan dalam hal ini. Apa pun SPR perlu menyiasat mereka yang meragukan menjadi sebagai seorang pengundi.

    BalasPadam
  17. SPR patut menyiasat perkara ini.. bukannya dengan mudah memberikan alasan kononnya beliau telah meninggal dunia..

    BalasPadam