SHAH ALAM 21 April 2012- Pertama kali dalam tempoh 22 tahun, persidangan Parlimen mencatat sejarah apabila Dewan Rakyat ‘menggantung’ masa bagi membolehkan semua aturan urusan mesyuarat dan usul diselesaikan.
Difahamkan, kali pertama sidang Dewan Rakyat mengalami keadaan serupa ialah ketika perbahasan Ordinan Darurat Kelantan pada 1977 berlaku ketika Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Tun Zahir Ismail yang berakhir sehingga jam 2.45 pagi.
Persidangan dewan bagi sesi penggal ini ditangguhkan pada jam 3.22 pagi, selepas 22 hari bersidang yang dipengerusikan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Dewan Rakyat bersidang sehingga awal pagi Jumaat bagi membolehkan semua aturan urusan mesyuarat dan usul diselesaikan.
Dewan telah membahaskan dan meluluskan lapan Rang Undang-undang pada sidang dewan yang terakhir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Peraturan Mesyuarat 90(2) digunakan bagi menggantung Peraturan Mesyuarat 12 yang menyatakan semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama.
“Perkara ini tidak pernah terjadi sejak saya telibat dalam hal ehwal Parlimen,” katanya di lobi Parlimen, semalam.
Arahan Tetap 12 menyatakan setiap sidang Dewan Rakyat dibenarkan untuk mencecah tempoh 5.30 pagi bagi melengkapkan perbahasan pada hari tersebut.
Usul Nazri itu disokong Timbalannya, Datuk VK Liew dan diluluskan.
Usul itu membenarkan Dewan Rakyat untuk dilanjutkan bagi melengkapkan perbahasan dan meluluskan lapan rang undang-undang yang telah disenaraikan untuk slot semalam.
Mohamed Nazri membentangkan usul tersebut sebelum tengah malam kelmarin ketika Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 untuk bacaan kali kedua.
Ketika usul itu dikemukakan, terdapat 34 Ahli Parlimen Barisan Nasional, 17 anggota pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.
Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.
Diharapkan semua aturan mesyuarat mampu diselesaikan pada hari itu.
BalasPadamHarap-haraplah semuanya berjalan lancar.
PadamLaksanakan perkara dengan baik. Cari apa yang perlu untuk memastikan setiap perkara dapat diselesaikan.
PadamMemang jarang berlakunya kejadian di mana masa digantung untuk membolehkan semua usul dan urusan disiapkan.
BalasPadampertama pada 1977 dan kedua pada tahun ini. Lamanya tu. Urgent sangat la tu.
PadamMesti ada urusan yang penting untuk disiapkan kali ini sehingga masa digantung.
PadamPasti kerajaan telah mengatur segala urusan sebaik mungkin
BalasPadamAda baiknya juga ni.
BalasPadamKetika usul itu dikemukakan, terdapat 34 Ahli Parlimen Barisan Nasional, 17 anggota pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.
BalasPadamHarap tiada suara sumbang dari pembangkang tentang perkara ni memandangkan mereka pun turut serta dalam persidangan tersebut.
Betul, kerjasama semua ahli persidangan adalah diperlukan untuk memastikan sidang parlimen berjalan lancar.
PadamKurang faham dengan apa yang cuba disampaikan :(
BalasPadamSemoga sidang parlimen kali ini dapat memberi hasil yang positif dan dapat dilaksanakan tanpa halangan.
BalasPadamapa2 urusan penting tak harus ditangguhkan.
BalasPadamSejarah dalam parlimen memberhentikan masa. Tapi yang pasti setiap perkara dapat diselesaikan sebaiknya.
BalasPadamSemua peraturan harus dipatuhi.
BalasPadamKejadian seperti ini harap tidak berlaku lagi.
BalasPadam