Anwar: PKR Sabah sedia serah Sapp beberapa kerusi
KOTA KINABALU 14 April 2012- PKR bersedia melepaskan beberapa kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Parti Maju Sabah (Sapp) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp.
"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.
Selain PKR, Pakatan Rakyat (PR) turut dianggotai oleh Pas dan DAP.
"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.
"Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.
Ketika ditanya sama ada PR mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.”
“Apabila tiba masanya, mereka sendiri (PR dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."
Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika PR memerintah, Anwar berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan.
Siapa yang bakal melawan BN satu ke satu pada PRU-13 nanti? Sama ada PKR ataupun SAPP yang akan bertanding di Sabah nanti?
BalasPadamakan ada lebih dari 2 penjuru pertandingan nanti..jadi akan ada 3 atau 4 yang akan bersaing...BN akan menang..
PadamTidak tahulah bagaimana perkembangan 'kerjasama' ini akan menjadi nanti? Adakah perjanjian ini akan dicapai bila PRU-13.
BalasPadamTunggu saja la keputusan PRU13 macam mana
BalasPadamrakyat yang akan menentukan..kita tunggu dan lihat siapa pilihan rakyat..
PadamSAPP sebelum ini sudah terang-terangan mahu bertanding di 2/3 kerusi sabah tanpa kompromi..ini buktinya ketamakan dan kesombongan SAPP yang membelakang parti2 pembangkang tempatan lain.
BalasPadamjika setiap parti bekeras dengan pendirian mereka, mungkin kerjasama dikalangan parti pembangkang tidak akan berlaku.
Padamw/pun ada persepakatan di antara PKR dan SAPP tidak bermakna PAS dan DAP bersetuju...dan juga SAPP yang membelakangkan UBA/Star dalam rundingan tersebut juga pasti akan mengundang konflik dalaman..
BalasPadamrasanya formula 1 VS 1 tidak akan tercapai..akan ada pertandingan 3 atau 4 penjuru di hampir kesemua kerusi DUN dan Parlimen sabah..dan ini kelebihan buat BN sabah untuk mengekalkan kedudukan di sabah.
BalasPadamjika tiada kesepakatan maka, persaingan tiga atau empat penjuru akan berlaku.
Padamjika keadaan ini berterusan di mana pembangkang di sabah tidak mencapai persetujuan mengenai formula 1 VS 1 sehingga hari penamaan calon, maka BN sabah sekali lagi akan menang..
BalasPadamselagi tiada persetujuan bermakna belum tentu akan berlaku formula 1 lawan 1 itu.
PadamTheir mouth say they are ready to cooperate to form a one on one formula, but their action will said different. We will see whether they are sincere in cooperating with each other.
BalasPadamHow bout the other parties? are they ready to cooperate??
BalasPadamterlalu banyak parti yang masing-masing dngan kepentingan sendiri. jadi susah mau bekerjasama.
Padamkalau tengok keadaan sekarang mungkin susah untuk lihat 1 lawan 1.
BalasPadampersepakatan hnya berlaku antara SAPP dan PKR, parti pembangkang lain belum ada. bagaimana satu lawan satu dpt dicapai.
BalasPadamSebenarnya PKR takut untuk kalah berterusan dengan parti tempatan Sabah sendiri.
BalasPadamboleh percaya ka Anwar ni?? kenapa hanya PKR?? kenapa bukan Pakatan??
BalasPadamsedangkan pilihanraya kecil Batu Sapi pun dia letak calon, inikan pula pilihanraya umum.. kalau pun PKR tidak turunkan calon, belum tahu lagi dipihak DAP dan PAS..
BalasPadam