Sabtu, April 21, 2012

PELABUR DITIPU RM6 JUTA DENGAN ‘STOCK PICKING ROBOT’ YANG TIDAK WUJUD

AS caj kembar UK tipu 75,000 pelabur saham RM6j

Kembar Alexander dan Thomas Hunter memperdaya 75,000 pelabur pasaran saham lebih RM6 juta

NEW YORK 21 April 2012 - Kembar Alexander dan Thomas Hunter hanya berusia 16 tahun ketika mencipta satu kaedah penipuan atas talian, yang memperdayakan 75,000 pelabur melibatkan kerugian lebih RM6 juta, kata pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS).

Pada 2007, kedua-dua beradik ini mereka cipta 'stock picking robot' dan menerusi siri laman web mendakwa bahawa program komputer yang sofistikaed ciptaan mereka boleh mengenal pasti saham-saham yang boleh mengalami peningkatan nilai pasaran antara 200 hingga 40 peratus.

‘Robot’ yang dimaksudkan tidak pernah wujud.

Kemudian mereka menyasarkan beratus-ratus pelabur yang tidak meragui penipuan mereka, khususnya mereka yang tinggal di AS, menjual kepada mereka perisian palsu 'versi rumah' - yang dikenali sebagai Marl – dan langganan tahunan ke atas risalah panduan yang menyenaraikan nama-nama saham yang berpotensi.

Bagaimanapun, saham-saham berkenaan tidak dijana oleh mana-mana analisis teknikal, malah kembar itu turut dibayar oleh syarikat-syarikat tertentu untuk mempromosikan saham mereka, demikian menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Pasaran Saham AS (SES), agensi yang memfailkan tindakan perundangan ke atas kedua-dua mereka.

Kes difailkan di Mahkamah Persekutuan New York sambil dimaklumkan bahawa pelabur-pelabur mendakwa mereka membayar AS$47 (RM140) bagi risalah panduan yang menyenaraikan saham pilihan Marl dan AS$97 (RM291) bagi perisian rumah, lapor Telegraph.

Kes difailkan di Mahkamah Daerah AS di Manhattan semalam.

Adik-beradik kembar itu mempromosikan kerja mereka di laman web - doublingstocks.com, yang mendakwa analisis pasaran saham robot boleh membawa kepada pulangan 34 peratus setiap minggu. Ia dinamakan daytradingrobot.com.

Kedua-dua beradik itu, yang kini berusia 20 tahun, menerima bayaran tambahan sekurang-kurangnya AS$1.86 juta (RM5.7 juta) dalam bentuk fi daripada pihak mempromosi saham, yang diiklankan menerusi laman web equitypromoter.com.

Laman-laman itu menulis mengenai keupayaan kedua-dua beradik dalam melonjakkan harga saham-saham terbabit.

Menulis di laman webnya, Tom Hunter mendakwa dia seorang broker saham berusia 23 tahun.

"Saya sudah tujuh tahun terlibat dalam perdagangan saham dan mengenalikan pelbagai laman pasaran saham," katanya lagi.

Dipetik laporan BBC, laman web mereka juga mendakwa, "lagi lama Marl beroperasi, ia akan menjadi semakin canggih (dalam mengenal pasti saham-saham berpotensi)."

Pegawai-pegawai AS mendakwa kedua-dua, dari  Whitley Bay, North Tyneside, telah melanggar Akta Sekuriti dan Akta Bursa Saham.

November lalu, mahkamah Newcastle mengarahkan  Alexander Hunter membayar balik AS$1 juta (RM3 juta) selepas dia mengaku menyediakan nasihat kewangan yang melanggar undang-undang.

11 ulasan:

  1. Berhati-hati bila membuat pelaburan, terutamanya pelaburan menerusi online.

    BalasPadam
  2. budak 16 tahun? boleh memperdayakan 75,000 pelabur melibatkan kerugian lebih RM6 juta?? Boleh tahan tu budak2. Tapi sayang kepandai tu disalahguna untuk menipu.

    BalasPadam
  3. Otak generasi muda sekarang memang bergeliga tapi disalahgunakan.

    BalasPadam
  4. Boleh tahan juga adik-beradik kembar ni.

    BalasPadam
  5. Memang bijak budak-budak ini, tetapi malangnya merea menggunakan kecerdikan pada tujuan yang salah.

    BalasPadam
  6. Gilalah..terlalu hebat untuk menipu. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

    BalasPadam
  7. Gara2 taksub mahu dapat untung, pelabur pun mudah ditipu.

    BalasPadam
  8. kebijaksaan yang dikurniakan jgnlah digunakan untuk perkara tidak baik.

    BalasPadam
  9. Inilah bila tidak berfikir panjang. Apa pun ambil ini sebagai pengajaran.

    BalasPadam
  10. Kesian, jadikan ini sebagai pengajaran dan kesedaran kepada kita smua.

    BalasPadam
  11. Sebelum terlibat pastikan anda meneliti dan buat sedikit kajian.

    BalasPadam