Ahad, April 22, 2012

HANYA RM3 BILLION ‘TAMBAHAN’ UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA?

Hanya RM3b tambahan untuk pendidikan percuma

Apr 21, 2012: ULASAN Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.

Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.

Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.

Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat PKR dan Pakatan.

Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:

  • (1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;
  • (2) Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;
  • (3) Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;
  • (4) Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan
  • (5) Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.

Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.

Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.

Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.

  • Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar BN kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun.
  • Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.

Mohd Rafizi Ramli pengarah Strategi PKR.

29 ulasan:

  1. Tambah 3m untuk berapa tahun? Dasar tu perlu boleh digunakan untuk jangka masa yang lama bukan sekadar 4 tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastikan jangka panjang juga dipertimbangkan. You must look at the whole picture.

      Padam
    2. Betul juga. Semestinya fikirkan untuk jangka panjang.Bukannya untuk pemerintahaan saja. Kita tidak mahu ada perubahan mendadak lagi pada akan datang.

      Padam
  2. Anwar adalah bekas TPM dan bekas Menteri Kewangan yang juga terlibat dalam meluluskan program PTPTN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar pastinya sudah lupa beliau sendiri terlibat dengan kelulusan penubuhan PTPTN ni.

      Padam
    2. PTPTN dimulakan oleh Anwar Ibrahim, sekarang beliau juga yang mahu memansuhkannya.

      Padam
    3. Anwar nyanyuk sudah. Macam mana mahu pemimpin begini??

      Padam
    4. Apakah jalan alternatif jika PTPTN dimansuhkan?

      Padam
    5. dia sendiri yang meluluskan PTPTN, kini nak mansuhkan, Anwar mmg sengaja nak mainkan isu ini. dia bukan serius jg nak mansuhkan PTPTN.

      Padam
  3. Diharapkan kerajaan akan membuat pengajian yang sewajarnya mengenai isu PTPTN ini untuk membolehkan mereka mengambil tindakan yang terbaik.

    BalasPadam
  4. Baik kita tunggu pendebatan antara Khairi dan Rafizi pada bulan depan mengenai isu PTPTN ini. Pendebatan adalah cara yang baik untuk membincangkan jalan penyelesaian yang tersesuai yang patut diambil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, bagus mendengar dulu pendebatan ini sebelum membuat penilaian kita.

      Padam
    2. lets see what both parties can share about the topic. Hopefully some good idea and solution.

      Padam
    3. ya..sebaiknya tunggu dan lihat sajalah.

      Padam
  5. Bgusnya juga janji2 pembangkang ni. tapi nampak tidak rasional pula sebab dari sumber mana mereka akan dapat dana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..idea ini memang baik tapi kurang rasional.

      Padam
  6. Benarlah pembangkang ni mahu mewujudkan negara berkebajikan kalau macam ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika PR komited laksanakan janji mereka, buktikan dahulu di negeri-negeri yang ditadbir mereka.

      Padam
  7. Idea yang diberi kadang2 hanya indah khabar dari rupa jika gagal melaksanakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betulnya Anwar menang dalam PRU, janji untuk memansuhkan PTPTN harus ditunaikan dan bukan janji kosong semata-mata untuk memencing undi.

      Padam
    2. semua janji yang diberikan memang manis tapi adakah ianya realistik untuk dilaksanakan.

      Padam
  8. Is it possible to eleminate PTPTN but to give free education? Sound not realistic but hope it is true.

    BalasPadam
  9. Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.

    Kerajaan persekutuan sering menaggung kos dan perbelanjaan yang tidak perlu sebenarnya.

    BalasPadam
  10. masing-masing pun ada hujah mereka tapi, bercakap memang mudah berbanding melakasanakan apa yang dikata.

    BalasPadam
  11. Yang penting sekali adalah mutu pendidikan itu sendiri. Berikan yang terbaik untuk mendidik generasi yang akan datang.

    BalasPadam
  12. Utamankan pendidikan kerana pendidikan peneraju masa depan.

    BalasPadam
  13. Peruntukan itu harus sepadan dengan beban yang ditanggung.

    BalasPadam
  14. jangan la guna istilah pendidikan percuma jika tidak semua pelajar boleh menikmati pendidikan secara percuma..

    BalasPadam
  15. apa bezanya prinsip BN dengan prinsip pakatan di atas sekiranya hanya institusi awam sahaja yang diberkan kelebihan?? sepatutnya institusi swasta la yang layak mendapat segala kelebihan kerana kos pendidikannya jauh lebih tinggi dari istitusi awam..

    BalasPadam