Khamis, April 12, 2012

EMPAT WARGA FILIPINA DITAHAN BELI TIKIT PENERBANGAN GUNA MYKAD MILIK ORANG LAIN

Kakitangan Hospital ditahan kerana terbabit kegiatan salah guna dadah

LABUAN 12th April, 2012: Seorang kakitangan awam yang bertugas di bahagian hospital bersama seorang lagi rakannya lelaki warga tempatan ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sini.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Kuala Penyu itu ditangkap secara berasingan di kawasan Stesen Minyak Petronas Durian Tunjung dan di Hospital Labuan kira-kira jam 4 petang pada Selasa.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran (gambar) berkata, kakitangan kerajaan itu juga sebelum ini pernah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Hasil daripada tangkapan itu polis dapati kedua-duanya positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang diemailkan kepada media di sini kelmarin.

Saiman berkata, kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 30 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADK) 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan denda RM5,000 setiap seorang.

image Dalam perkembangan yang berasingan empat lelaki warga Filipina ditahan ketika berurusan pembelian tiket di kaunter Syarikat Penerbangan Air Asia di lapangan terbang Labuan kerana menggunakan Mykad milik orang lain, pagi Selasa.

Saiman berkata mereka ditahan selepas didapati menggunakan Mykad milik orang lain membabitkan pemilik Amil Hussin (931010-12-50073), Nur Hussin Sairullah (910615-12-6463), Mohd Isa Danis (880207-49-5695) dan Adzrin Dhien (880816-12-6093).

“Polis mengesahkan Mykad yang digunakan itu adalah asli dan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 (1) (0) Akta Pendaftaran Negara 1990 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM3,000.

8 ulasan:

  1. It is the law that any individual using MyKad who does not belong to them or possesses Fake MyKad can be jailed.

    BalasPadam
  2. Hopefully more people will be alert like this counter check-in staff for be able to stopped these people from illegally using other people's MyKad.

    BalasPadam
  3. Bila lagi kerajaan Filipina mahu tubuhkan konsul mereka di Sabah?

    BalasPadam
  4. Penguatkuasaan di lapangan terbang memang wajar diperketatkan lagi agar kegiatan2 yang melanggar undang2 dapat dikesan dan disekat.

    BalasPadam
  5. Aiyaa..dari mana juga durang dapat tu..

    BalasPadam
  6. begitu byk pemalsuan mykad pada masa kini, hal ini perlu diberi perhatian.

    BalasPadam
  7. Siapa suruh beli tiket guna Mykad orang lain. Sia-sia kena tangkap. Tahniah kepada kakitangani Airasia kerana dapat mengesan mereka ini.

    BalasPadam
  8. Labuan cuma bebas cukai, bukan bebas jenayah.. syabas kepada pihak berkuasa.. teruskan usaha membanteras jenayah..

    BalasPadam