Isnin, April 30, 2012

EMPAT WARGA ASING DITAHAN KES BUNUH SUAMI ISTERI

Empat ditahan kes bunuh suami isteri

JOHOR BAHRU 29 April - Polis menahan empat warga Indonesia termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan sepasang suami isteri yang juga rakyat negara itu di Jalan Camar 15, Taman Perling di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, keempat-empat suspek berusia 20 hingga 38 tahun itu ditahan di sekitar kawasan taman berkenaan beberapa jam selepas kejadian.

“Kesemua suspek kini ditahan untuk membantu siasatan yang akan dijalankan daripada pelbagai sudut.

“Kita juga masih berusaha untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Derma Darah Polis Kontinjen Johor di Plaza Angsana di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, pasangan suami isteri berusia 50-an itu ditemui mati dibunuh pukul 5.30 petang oleh jiran-jiran yang sebelum itu mengesyaki sesuatu apabila terhidu bau busuk dari arah kediaman tersebut.

-----------

3 lelaki Myanmar dihukum gantung

Anggota polis mengawal dari kiri Mg Myint Tun, Nor Mohamad Zakaria dan Taher Ahmad Mustafa Ahmad yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 29 April - Tiga lelaki warganegara Myanmar dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah seberat 56.22 gram, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh Noor Mohamad Zakaria, 30, Taher Ahmad Mustafa Ahmad, 33 dan Mg Myint Tun, 26.

Ketika membacakan keputusannya, Zakiah berkata, mahkamah telah meneliti secara terperinci keterangan-keterangan yang diberikan oleh ketiga-ketiga tertuduh di dalam kandang mahkamah.

------------

Kebanjiran artis luar negara perlu dikawal: Zed Zaidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan