Selasa, Mac 13, 2012

KEBANYAKAN BANDUAN WARGA ASING KERAS KEPALA

Banduan asing degil

KAJANG 13 Mac 2012: Kebanyakan banduan warga asing keras kepala dan tidak mendengar cakap berbanding banduan tempatan yang lebih mudah dikawal.

image Ketua Unit Vokasional dan Industri Penjara Wanita Kajang, Monawati Omar berkata, banduan warga asing adakala seakan tidak dapat menerima arahan dan mengikut peraturan ditetapkan. Katanya, sikap degil mereka boleh membuatkan sesiapa saja hilang sabar, namun dia menganggap semua itu adalah cabaran melaksanakan tugasnya.

“Berbeza dengan banduan tempatan, mereka lebih mudah dikawal. Walaupun ada bersikap degil namun masing-masing boleh memberi kerjasama dan mengikut peraturan,” katanya yang empat tahun memegang jawatan itu.

Ditanya mengenai kemasukan banduan di penjara itu tahun ini, beliau berkata, terdapat penurunan berbanding tahun lalu. “Untuk Februari saja, 104 banduan yang disabitkan hukuman termasuk warga asing berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun dengan pelbagai kesalahan dimasukkan ke Penjara Wanita Kajang.

“Tempoh sama juga menyaksikan banyak kes dadah membabitkan 110 banduan dengan warga tempatan 67 manakala warga asing 43 orang,” katanya.

Mengenai tanggapan pegawai penjara baran dan garang, sambil tersenyum Monawati menafikan dakwaan itu.

“Dakwaan itu tidak benar. Zaman dulu dan sekarang sudah berubah. Di sini kami menerapkan program lebih kepada pemulihan di samping latihan kemahiran. Banduan tidak hanya duduk saja kerana mereka dibekalkan dengan pelbagai ilmu yang boleh digunakan selepas dibebaskan kelak.

“Misalnya kami memberikan kemahiran menjahit, mencanting batik, kraftangan salun dan spa. Mereka dibekalkan bukan saja ilmu keduniaan, malah bagi yang beragama Islam kami menyediakan kelas Halaqah khusus mendalami agama. “Hasrat kami mendidik dan membekalkan kemahiran dan pengetahuan agar selepas dibebaskan mereka insaf, mampu berdikari dan tidak mengulangi kesilapan lampau,” katanya.

7 ulasan:

  1. I strongly support the programs that were given to the jail mates in improving their skills so that they are able to find jobs when they are released from prison.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Program2 yang disediakan di dalam penjara ini memang berfaedah. Mereka yang tahu menghargai saja tahu bagaimana untuk memanfaatkan kemahirang yang mereka pelajari ini.

      Padam
  2. These rehabilitation should be supported as it gives the prisoners a second chances once they step out, so that they are less likely to stray in the future. The prisons can consider allowing them to take up university courses as well, there are some university that offers distant learning through online so the prisoners can obtain their diploma or degree without leaving the prison perimeters.

    BalasPadam
  3. Sudahlah warga asing, mahu tunjuk temberang lagi??

    BalasPadam
  4. warga asing sejak dahulu lagi mmg keras kepala dan suka buat masalah tak kira di penjara atau luar penjara.

    BalasPadam
  5. mudah2an selepas keluar penjara akan menjadi isan yang insaf dan melakukan kerja2 berfaedah.

    BalasPadam
  6. patut la ada banduan warga asing yang lebih rela masuk penjara daripada dihantar balik ke negara asal..

    BalasPadam