Sabtu, Mac 03, 2012

BUDAK 12 TAHUN PENJUAL ROKOK KAKI LIMA DICEKUP JUAL DADAH

Budak 12 tahun kena cekup jual dadah

KOTA KINABALU March 3, 2012: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan polis selepas didapati memiliki 59 tiub straw berisi syabu dalam satu serbuan di sebuah penginapan di Kampung Air di sini baru-baru ini.

Dalam serbuan pada Khamis kira-kira jam 3 petang itu, budak terbabit ditahan di sebuah bilik di rumah penginapan berkenaan sebelum sepasukan polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menemui sejumlah dadah di dalam poket seluarnya.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya, Superintendan M. Chandra berkata serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat terhadap suspek, polis menemui 59 tiub straw yang berisi syabu dengan anggaran berat sebanyak 5 gram daripada poket seluarnya.

“Siasatan awal mendapati suspek juga merupakan seorang penjual rokok di kaki lima dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini kelmarin.

Chandra berkata, kanak-kanak terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang minggu lepas, polis telah menahan seramai 96 individu di sekitar kawasan Kampung Air kerana terlibat dengan dadah.

“Seramai 75 orang daripada yang ditahan itu adalah lelaki manakala selebihnya adalah wanita di mana 11 daripada mereka juga telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 ADB 1952,” katanya.

21 ulasan:

  1. I wonder where this 12 year old kid can get hold of that much Syabu? Perhaps there is a syndicate where they exploit these Stateless Kids for illegal activities.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti ada ketua mereka dalam kegiatan seperti ini. harus segera di banteras.

      Padam
    2. These kids are only the small fishes, we must find out who are the big sharks behind this scheme.

      Padam
  2. Hope that the police will investigate this case thoroughly to find out the culprit behind these drug sellers.

    BalasPadam
  3. Siasatan perlu di jalan dengan teliti. bahaya budak 12 tahun pun sudah terjebak dengan dadah.

    BalasPadam
  4. penjual rokok biasa yang kanak2 PATI. 12 tahun sudah jadi begini.

    BalasPadam
  5. There is definitely a culprit behind these drug sellers.

    BalasPadam
  6. We see many young kids selling cigarettes and drugs nowadays. Mostly or all of them are PATI. This is why RCI should be implemented in sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Its bad for our society if the Stateless and Illegal Immigrants are distributing drugs in our state.

      Padam
  7. kanak2 tersebut pasti PATI, mereka mmg sering terlibat dgn jenayah.

    BalasPadam
  8. baru 12 tahun sudah pandai menjual Syabu?? Boleh tahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa kanak2 ini tidak tahu apa itu dadah.. sebab itu mereka rela dipergunakan selagi boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka..

      Padam
  9. Apa mahu jadi sudah anak2 kecil seperti tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. What to do? These illegal immigrant kids and stateless kids have no education and are not allowed to get jobs without IC or Passport, they can only do this sort of jobs to support themselves.

      Padam
  10. pasti ada sindiket yang mempergunakan kanak2 ini untuk melakukan kerja2 haram ini.. siasat siapa dalang disebalik penglibatan kanak2 dalam pengedaran dadah dan ambil tindakan terhadap ibubapa kanak2 ini..

    BalasPadam
  11. This article has indeed demonstrated that even a minor is subjugated to Seksyen 39A Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952.

    No one is to be excluded from the reaches of the arms of the law.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is known globally that Malaysia is very stern in combating drug abuses as well as the distribution of control substances.

      In spite of the bad publicity as well as being labeled as 'inhumane', It is a good stance Malaysia has taken to send a clear cut message that the distribution as well as usage of the controlled substance WILL NOT BE TOLERATE.

      Padam
  12. Not only that, Kampung Air is notorious and synonymous to to locals as the city's RED LIGHT district.

    These are a among the problems that can be seen. Among other vises that can be seen within this area are prostitution services that is being offered by not only local, but also of foreigners that has infiltrated our soil.

    It is also commonly known that there are also transvestites who offered similar services for those who are 'inclined' to their services.

    BalasPadam
  13. The government are taking effort to restore this areas image. Among that is the beautification of the park next to the courthouse, which is commonly being known among the youths as "RED SQUARE".

    Hopefully more measures will be taken to restore the bad image of Kampung Air.

    BalasPadam
  14. Tengoklah apa mahu jadi sama anak2 PATI ni. Tidak cukup orang dewasa mereka buat masalah, golongan budak2 pun mahu jadi penyumbang lagi? Jangan diberi muka sangat sama mereka. Mereka sudah pandai melawan dan besar kepala.

    BalasPadam
  15. Pihak polis kena sentiasa berkawal dan memantau pergerakan penjual rokok haram di kaki lima ni. Jangan pula bersubahat dengan mereka gara2 diberi satu dua kotak rokok free.

    BalasPadam