Jumaat, Mac 16, 2012

80 GURU SEMENTARA TERIMA SURAT BERHENTI SERTA MERTA

Guru sementara kesal terima surat diberhenti serta merta

KENINGAU 16th March, 2012: “Kami anggap periuk kami sudah pecah” begitulah keluhan dan kekesalan lebih 80 guru sementara sekolah rendah dan mnengah di negeri ini apabila masing-masing menerima surat pemberhentian gaji bertarikh 7 Mac 2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.

Cikgu Balaludin Bin Gapul dan Cikgu Panguot Kapu antara guru yang diberhentikan pembayaran gaji dengan serta merta, tampil mendedahkan perkara ini melalui akhbar untuk perhatian pihak yang berkenaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kami dedahkan masalah ini melalui akhbar sebagai jalan terakhir merayu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran supaya memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi menghargai jasa kami yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun,” kata Balaludin bersama Panguot.

Balaludin berkata, jiwa mereka sudah sebati sebagai guru dan berkhidmat untuk anak bangsa walaupun berbekalkan gred B1.

Katanya, mereka merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya meneruskan perkhidmatan kerana dalam faktor usia yang sudah mencapai sekurang-kurangnya 48 tahun mereka tidak lagi boleh diterima bekerja di mana-mana agensi kerajaan mahupun sektor swasta.

“Tambahan lagi katanya, mereka masih dibebani dengan hutang bayaran bulanan kenderaan dan masih menanggung anak-anak yang masih bersekolah dan belajar di IPTA,” jelas Balaludin.

Mengambil contoh dengan keluarga beliau sendiri, Balaludin memberitahu pada masa ini beliau masih menanggung anak-anak yang masih bersekolah dan yang melanjutkan pengajian di UITMSarawak.

“Kami merayu kepada pihak yang berkenaan atas dasar kemanusiaan sejagat dan menaruh harapan sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran agar dapat mengeluarkan surat lantikan kami dengan serta merta,” rayu Balaludin.

Katanya, mereka juga meminta agar diserapkan ke jawatan tetap seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semasa memegang Menteri Pendidikan pada ketika itu yang mengatakan tidak ada guru yang teraniaya.

Tambahnya, mereka berharap dengan dasar kepimpinan negara pada masa ini yang didasari dengan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan jawatan mereka akan disambung semula bagi menghargai jasa mereka yang telah mencurahkan bakti kepada bangsa dan negara.

10 ulasan:

  1. I hope the ministry of education will give explanation regarding this immediate sacking of these 80 GSTT. There should have a reasonable explanation regarding this move.

    BalasPadam
  2. Some of these GSTT has been contributing to the education of the country for more than 30 years, they should not be sacked without any good reasons. Hope that the government will reconsider this move.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kementerian pelajaran harus memberikan penjelasan mengenai perkara ini...memberhentikan mereka dengan serta-merta tidak akan membawa apa2 kebaikan.

      Padam
  3. Sepatutnya mereka yang telah lama berkhidmat diserapkan sebagai guru tetap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka yang sudah ada pengalaman dalam bidang ini perulah diberikan peluang untuk menjadi guru tetap.

      Padam
  4. diharap kementerian pelajaran malaysia akan mendengar suara mereka...perkhidmatan lebih 30 tahun bukannya pendek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap kementerian pelajaran akan memberikan penjelasan yang baik mengenai keputusan memperhentikan GSTT ini.

      Padam
  5. perberhentian mereka harus diperjelaskan, lagipun dah lama mereka berkhidmat sebagai guru, pengalaman mereka pasti banyak dan berguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kementerian harus memberikan penjelasan mengenai perkara ini..

      Padam
  6. Mungkin ini bagi memberikan pelaung kepada lepasan pendidikan yang ada diluar sana.

    BalasPadam