Isnin, Februari 27, 2012

TEKNOLOGI ANALISIS PROFIL DNA DAPAT MEMBANTU PROSES PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN - HISHAMMUDIN

Anak Sabah tiada warganegara disiasat

KLUANG 26 Feb. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghantar pasukan khas ke Sabah dua hari lalu untuk melakukan siasatan terperinci berhubung isu kanak-kanak tidak mempunyai warganegara di negeri itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius isu itu dan dalam usaha menanganinya, pasukan tersebut telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dijadikan tumpuan siasatan termasuk di Semporna.

"Isu ini sememangnya amat dekat di hati saya dan komitmen sepenuhnya pasti diberikan untuk menangani masalah itu. Pelbagai faktor menyumbang kepada permasalahan itu antaranya mereka ini hidup di pedalaman tetapi dalam masa sama, kita juga perlu menyiasat sama ada mereka ini benar-benar rakyat kita.

"Teknologi terkini seperti analisis profil DNA dapat membantu mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan. Bagaimanapun, kerjasama semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan agensi-agensi kerajaan masih diperlukan dalam menyelesaikan kes itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan peringatan Hari Dadah dengan tema 'Skuad 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin' di Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Menurut Hishammuddin, kerajaan sememangnya komited dalam membantu menangani masalah penduduk tidak mempunyai warganegara malah, dalam tempoh dua tahun ini sahaja, beliau telah menandatangani kira-kira 200,000 dokumen permohonan kewarganegaraan.

Katanya, pegawai dan kakitangan KDN juga akan menjalankan program bagi mengenal pasti pihak yang memerlukan bantuan berhubung isu kewarganegaraan terutamanya di kawasan pedalaman dan penempatan Orang Asli.

Sementara itu, mengenai usaha memastikan sama ada suspek pengganas warga Malaysia, Zulkifli Hir @ Marwan benar-benar terbunuh dalam serangan pihak berkuasa Filipina di Pulau Jolo baru-baru ini, beliau menyatakan pasukan khas yang dihantar ke Manila masih menjalankan siasatan.

"Ini kerana proses mengenal pasti secara tepat dan rasmi memerlukan masa. Pihak berkuasa Filipina mendakwa suspek yang berasal dari Muar sebagai pakar bom dari Kumpulan Jemaah Islamiyah bersama rakannya Amin Bacho dan Jeknal Adil terbunuh dalam serangan bom pesawat tentera republik itu,'' katanya.

23 ulasan:

  1. canggihnya. dengan DNA pasti dapat tahu keturunan siapa ka anak2 tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 analisis profil DNA ni memang benar2 berkesan dalam menyelesaikan isu kanak2 yang tidak mempunyai kewarganegaraan.

      Padam
    2. bagus juga ada teknologi begini, pasti dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

      Padam
    3. Pastikan profile DNA disimpan secara P&C.

      Padam
    4. Harap pengajian DNA ini boleh membantu menentukan anak tanpa kewarganegaraan ini untuk menentukan keturunan mereka.

      Padam
  2. There are a lot of beneficial application of DNA Profiling that not only confine to the National Registry Department.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It can be use from the All department such as the health department right down to law enforcement agency.

      Padam
    2. dengan adanya teknologi begini, pasti dapat mengenal pasti kanak2 yang tidak berdaftar ini.

      Padam
  3. Hopefully the implementation of this method of identification registry will be carried out at earnest.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga masalah yang dihadapi dapat ditanggani dengan berkesan.

      Padam
    2. Harap cadangan untuk menggunakan DNA untuk mengetahui keturunan mereka ini boleh berjalan lancar.

      Padam
  4. Hopefully these 'unregistered children' issue will be look into.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara ini sangat membingkang, semakin banyak kanak2 yang tidak berdaftar di Sabah.

      Padam
  5. Hopefully we can bury the hatchet regarding the malaysian born terrorist.

    BalasPadam
  6. rasanya banyak kawasan di Sabah ni yang mempunyai stateless children. paling biasa nampak, di bandar2.

    BalasPadam
  7. dgn adanya DNA, kita dp patikan keturunan anak2 tersebut dan dpt pastikan samada mereka warganegara atau tidak.

    BalasPadam
  8. Thats the best thing about modern technology.

    BalasPadam
  9. Tindakan yang wajar harus diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan kewarganegaraan yang tulen.

    BalasPadam
  10. Yang penting pelaksanaan harus dijalan dengan jujur dan amanah.

    BalasPadam
  11. Carilah jalan yang terbaik bagi memastikan kewargenegaraan tidak dijual dengan orang luar.

    BalasPadam
  12. Pastikan tidak ada kesilapan yang berlaku. Hal ini melibatkan individu yang merbahaya bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada dunia.

    BalasPadam
  13. Walaupun lama tetapi jika keputusan itu 100% tepat pasti berbaloi menunggu.

    BalasPadam
  14. Kepada rakyat Malaysia janganlah melibatkan diri dengan penganas kerena ianya akan menyusahkan ramai orang termasuk keluarga anda sendiri.

    BalasPadam