Ahad, Februari 26, 2012

POLIS SYOR PENGARAH NFCorp DIDAKWA ATAS TUDUHAN PECAH AMANAH (CBT)

Polis syor pengarah NFCorp didakwa CBT

SHAH ALAM 25 Februari 2012– Polis akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorporation atas tuduhan pecah amanah (CBT) - hasil siasatan yang dijalankan sejak lebih dua bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini.

Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.

Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail merupakan Pengerusi Eksekutifnya.

Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama.

Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

NFC  ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Kelmarin, Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar siasatan terhadap kes NFC diselesaikan segera bagi berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal itu.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan itu perlu diselesaikan segera untuk mengelak pelbagai spekulasi berhubung kes itu.

"SPRM telah melengkapkan kertas siasatan itu tetapi ia telah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kerana ada beberapa perkara yang perlu disiasat lagi," katanya.

images-crop Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga baru-baru ini dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM di Putrajaya. Keterangan diambil setelah beliau pulang bercuti daripada tugas sebagai anggota Kabinet.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.

Katanya, NFCorp melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan.

9 ulasan:

  1. Hopefully this matter will be taken into account.

    BalasPadam
  2. proper action should follow suit to ensure justice is served

    BalasPadam
  3. Kes semakin rumit apabila ada pihak lagi masuk campur. lebih baik biarkan saja SPRM melakukan tugas mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap SPRM akan berjaya menyelesaikan kes NFC ini, yang lain tunggu dan lihat sajalah.

      Padam
  4. kes ini makin mendedahkan siapa yang bersalah.

    BalasPadam
  5. tidak kira mereka ni keluarga menteri atau orang2 besar, kalau salah tetap juga salah. hukuman akan dikenakan.

    BalasPadam
  6. jka bersalah, dakwa sahaja, tiada yang boleh terlepas dari undang2.

    BalasPadam
  7. Mereka yang terlibat dalam pecah-amanah dalam kes NFC ini perlulah dikenakan tindkan undang-undang.

    BalasPadam
  8. Kegagalan dalam NFC sememangnya perlu disiasat.

    BalasPadam