Pendapatan Isi Rumah Sehingga RM3,000 Layak Pohon RMR1M - Najib
ALOR GAJAH, 24 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.
Perdana Menteri berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.
Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.
"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi 'Industrialised Building System' (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka Jumaat.
Najib menarik perhatian bahawa program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya.
Najib berkata borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem 'online' bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.
Menurut SPNB, sejak diperkenalkan pada 2002, program perumahan itu menyaksikan pembinaan 20,308 unit rumah.
Ketika ditemui pada majlis itu, Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.
"Ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke 14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional," katanya.
Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.
--------------------
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR1M
BalasPadam-Warganegara Malaysia.
-Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
-Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
-Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
-Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
-Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
This is very informative.
PadamThe scheme is especially meant to assist those with household incomes of RM3,000 (max), who are unable to obtain housing loans, to still to own their own homes. Under this scheme, the eligible applicants would only need to bear two-thirds of the cost of building the house, which is in the form of an interest free loan.
BalasPadamThis scheme definitely beneficial for those who earns below than RM3k.
PadamMereka yang merasakan diri mereka layak untuk memohon RMR1M bolehlah membuat permohonan dengan segera.
BalasPadamHarap2 rumah boleh miliki. rata2 rakyat Sabah pendapatan bawah RM3000.
BalasPadamThey (the government) should extend this project to Sabah and Sarawak
Padamjumlah 20,308 unit rumah masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penduduk yang mempunyai pendapatan isirumah rm3000 kebawah..
BalasPadamHopefeully they can increase the numbers of house being constructed uder this scheme
PadamJumlah itu masih sedikit jika di bandingkan dengan pendapatan bulanan rakyat di bawah 3000.
Padamsaya harap bantuan RMR1M ini bukan sahaja tertumpu di negeri2 Semenanjung, malah turut mengambilkira penduduk Sabah dan sarawak dimana telah dibuktikan berdasarkan statistik bahawa kedua2 negeri ini mempunyai penduduk miskin paling ramai..
BalasPadamsetuju dengan headhunter, rakyat sabah mempuyai ramai bilangan penduduk yang berpendapat bawah rm 3000.Harap di beri keutamaan.
PadamI applaud the government's effort to help the people with salary under rm3000 to own their own homes.
BalasPadamSaya ada pohon ni tapi tak dapat. Alasannya, nama yang saya tanggung sudah ditanggung oleh orang lain.
BalasPadamLogik jugalah. Tapi yang saya panas tu masa my parents apply BR1m ni, dorang kena suruh tukis semua nama anak yang belum kerja. So dorang tulislah nama tiga orang adik beradik yang masih study.
BalasPadamIkut nasib ba tu, kalau nasib bagus lulus la permohonan.
PadamApa boleh buatlah, bukan rezeki. Tapi yang bikin panas kawan-kawan yang lain dapat sedangkan dorang letak nama tanggungan anak buah (anak kakak/atau abang ataupun anak sepupu dorang). huhuhuhu
BalasPadamThis scheme is aims to aid those who have a combine income that does not exceed rm 3000.
BalasPadamHopefully this housing scheme will be extended to Sabah and Sarawak
Harap Sabah dan Sarawak juga boleh menikmati bantuan perumahan ini.
Padamskim rumah mesra rakyat ini baik dalam membantu rakyat dalam memiliki rumah sendiri.
BalasPadamSkim rumah mesra rakyat sangat membantu untuk golongan susah mendapatkan rumah impian.
PadamHarap perumahan ini akan membantu rakyat miskin memiliki rumah mereka sendiri dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
BalasPadamNajib perlu ada pendirian sendiri untuk memastikan rakyat yakin dengan kepimpinan beliau.
BalasPadam