Selasa, Februari 28, 2012

PEMIMPIN RELA BERUNDUR UNTUK SELAMATKAN PARTI

Saya Rela Undur Untuk Selamatkan Perjuangan PKR - Badrulamin

KUANTAN, 27 Feb (Bernama) -- "Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.

Katanya kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Dr Badrulamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

12 ulasan:

  1. To save the party from being associated with the scandal.

    BalasPadam
  2. Definitely the perfect description of loyalty to the party

    BalasPadam
  3. Buat apa undur? Anwar pun tidak undur.

    BalasPadam
  4. tidak menghairkan PKR terlibat dengan perkara macam tu. Ketua PKR lagi advance.

    BalasPadam
  5. makin banyak skandal yang dihadapi oleh ahli2 pembangkang sekarang.

    BalasPadam
  6. kelakuan buruk yang dilakukan oleh ahli2 parti secara langsung akan memberikan impak kepada nama parti. ini memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

    BalasPadam
  7. lebih baik berundur, suruh ketua kmu sekali berundur.

    BalasPadam
  8. Nampaknya PKR mula retak lagi dengan niat yang diumumkan ini.

    BalasPadam
  9. Baguslah beliau sedar akan kesalahnya dan membuat keputusan untuk tidak melibatkan sesiapa pun dalam tuduhan yang dikenakan.

    BalasPadam
  10. Perbuatan yang dilakukan oleh beliau harus tidak menjadi contoh kepada orang ramai. Jauhilah perbuatan yang melanggar hukum agama dan juga melanggar undang2 dunia.

    BalasPadam
  11. Namun persoalannya disini adakah keadaan akan baik2 sahaja selepas beliau meletak jawatan @ tidak lagi menjadi ahli PKR?

    BalasPadam