Khamis, Februari 23, 2012

DI SABAH, ISU PENDATANG ASING TANPA IZIN PENENTU MASA DEPAN

Di Sabah, isu pendatang asing tanpa izin penentu masa depan

image KOTA KINABALU, 22 Feb — Tukang perahu Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu.

image Tetapi tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanan semasa pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu.

Apa yang berlaku bukan perkara baru kepada dirinya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.

“MyKad? Mereka tidak perlu menunjukkan MyKad. Wang adalah MyKad mereka,” kata Idris dengan lembut kepada The Malaysian Insider.

Idris berkata sekurang-kurangnya 70 peratus peneroka di Kampung Lok Urai dan Kampung Pondo di Pulau Gaya merupakan pendatang asing yang kebanyakannya mempunyai pas lawatan sosial namun tinggal melebihi tempoh.

Terdapat kira-kira 400 rumah kayu di pantai Pulau Gaya, tambahnya.

Pendatang tanpa izin kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, kata Idris, dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM500 sebulan atau “jika bernasib baik”, Tetapi katanya ia cukup untuk membuat bayaran “jika ada operasi”.

“Bagi saya, saya membawa orang kampung ke rumah mereka atau bandar... saya juga membuat kerja kontrak dan sekali-sekala membantu kakak saya membawa penumpang feri menggunakan vannya.

“Kalau keadaan baik, saya boleh mendapat sebanyak RM1,000. Tetapi paling kurang kira-kira RM700,” kata bapa lima anak, empat daripadanya masih bersekolah.

Kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah telah menjadi masalah utama di negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan seperti biasa dipersalahkan sehingga menyebabkan masalah pergaulan, ekonomi dan masalah keselamatan yang menyusahkan penduduk tempatan.

  • Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929, 299 sedekad kemudian. Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246.
  • image Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, ahli politik merentasi sempadan pantas menggunakan isu itu, menjadikan ia isu politik yang boleh menjadi faktor penentu masa depan politik Sabah.

bm120222jeffrey-kitingan-crop Pemimpin pembangkang menentang kerajaan BN ekoran populasi yang mengejutkan itu, menuduh pendatang tanpa asing dibenarkan masuk dan diberikan MyKads dan hak mengundi untuk membantu pemerintah terus berkuasa.

“Ini adalah perkara terburuk kerajaan telah lakukan hanya untuk kekalkan kuasa mereka, mereka sebenarnya memusnahkan keadaan,” kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR)  Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

imageParti pembangkang berasaskan Sabah juga menggunakan isu itu untuk melengkapkan tema “Sabah untuk rakyat Sabah” dengan menyalahkan kerajaan BN mengenai kemasukan ramai warga asing.

Bagi parti BN Sabah, menyelesaikan masalah itu penting bagi mereka membuktikan mereka tidak akur dengan rakan komponen dari semenanjung, Umno — satu perkara yang perlu menjadi keutamaan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat Sabah.

image Awal bulan ini, BN Sabah yakin memperoleh kemenangan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan bahawa Kabinet pusat bersetuju untuk membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengkaji masalah pendatang tanpa izin.

“Ini adalah apa yang rakyat Sabah mahu lihat sejak beberapa tahun lalu. Saya membangkitkan isu RCI dalam Kabinet sekurang-kurangnya tiga kali tetapi tiada sebarang keputusan.

“Saya bangkitkan isu ini semula dalam mesyuarat Kabinet terakhir (pada 8 Februari) dan Kabinet Persekutuan membuat keputusan... perdana menteri akan uruskan dengan yang lain,” katanya memetik Bernama Online.

408065_380035812023782_100000520994327_1425552_1466541719_n-crop Tetapi mengumumkan menteri itu tidak meyakinkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan pembentukan RCI semasa lawatan kerja ke negerin itu minggu lalu.

Dilihat sebagai percubaan untuk mengawal keadaan, Dompok menjelaskan perdana menteri hanya akan mengumumkan perkara itu “pada masa yang sesuai”.

image Tetapi media menggambarkan tindakan Najib itu sebagai “tamparan hebat” kepada parti BN Sabah, memberikan pembangkang alasan bahawa ia sering digunakan untuk patuh keputusan Umno.

Dalam temubual baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Moh Chai, bagaimanapun, berkata alasan itu ditolak.

Ahli politik veteran itu mendesak parti-parti berasaskan Sabah dalam BN untuk bertegas agar mengikut apa yang mereka mahu, terutamanya tentang isu RCI. Beliau mendakwa perkara itu akhirnya hampir diselesaikan selepas setahun berdepan tekanan dari BN.

“Ini bukan perkara baru dalam objektif parti kita. Malah sejak dulu, manifesto parti kita mengutamakan perkara ini.

“Kita sekarang berada di satu peringkat yang kami letakkan harapan, lebib atau kurang kami di sana. Kami konsisten... kami perlukan ia (RCI), anda tahu,” katanya.

Dr Yee mengakui Umno bergantung kepada sebahagian besar kepada kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak untuk terus memegang kuasa pemerintahan tetapi tidak boleh berkata apa-apa jika parti BN Sabah menggunakannya sebagai “cip tawar-menawar” untuk mendapatkan hak mereka.

Bagaimana anda tahu kami belum gunakannya? Ini adalah apa yang saya mahu beritahu anda... bagaimana saya perlu katakan kepada anda?

Bagaimana kami perlu buat untuk mendapat apa yang kami mahu? Tetapi kami tidak perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana kami lakukan... kami datang dari keluarga yang besar dan hubungan yang kuat,” katanya.

BN menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 57 dari 60 kerusi negeri. DAP mendapat satu kerusi  negeri dan pusat sementara SAPP, bekas gabungan BN memperoleh dua kerusi setiap satu.

39 ulasan:

  1. Should this matter is not look into, there will be more illegal settlement sprouting all around Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah ini perlu diberikan perhatian supaya bilangan PATI di Sabah tidak akan semakin meningkat.

      Padam
    2. masalah ini telah lama berlaku, perlu di selesaikan agar sabah tidak terus di jajah oleh PATI.

      Padam
  2. With the irresponsible hand out of MyKards to these 'alien', They will be the new citizens of Sabah.

    BalasPadam
  3. Hopefully with the establishment of the RCI on this matter, all questions as well as the root of this problem will be brought to the limelight.

    BalasPadam
  4. Apart from that, the findings of the RCI can be use to complement or improve the existing 6P program that is currently being used to counter the influx of Illegal immigrants to our country.

    BalasPadam
  5. Hopefully the Najib administration will announce this matter as soon as the scope of the RCI has been completely finalized

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya RCI ini akan dilaksanakan tidak lama lagi kerana kerajaan sudah berada dalam tahap terakhir untuk menetapkan syarat dan terma.

      Padam
    2. Kerajaan pasti tidak akan menghampakan rakyat sabah.

      Padam
  6. I think the PM will be able to say more about this at the opportune moment

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM akan memberikan kenyataan beliau bila dah sampai masa yang sesuai.

      Padam
    2. sebaik perkara ini telah siap dibincangkan, PM pasti akan mengumumkannya.

      Padam
    3. Harap PM kita akan segera membuat pengumuman tentang RCI.

      Padam
  7. PM may be will announce the much-awaited RCI on the illegal immigrant issue in Sabah soon, although he did not touch on this during his recent visit to the State.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan sedang mempertimbangkan terma dan syarat untuk pelaksanaan RCI di Sabah, tunggulah dan lihat nanti.

      Padam
    2. sewaktu lawatan Najib ke Sabah pada 16 dan 17hb lalu, terma rujukan berhubung dengan RCI ni belum muktamad dan masih memerlukan input dari parti BN di Sabah dan Kerajaan Negeri.

      Padam
  8. Jangan biarkan PATI menjadi penentu masa depan negeri kita. Hanya rakyat saja yang berhak mengundi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan biarkan PATI terus merosakkan nama baik sabah.

      Padam
    2. PATI hanya merosakkan kaum di Sabah.

      Padam
  9. Senang saja, bagi rakyat Sabah jangan layan pendatang2 ini seperti mana kita melayan sesama. Bila mereka mempunyai perniagaan, jangan pergi dan membeli dari mereka. Kerana perbuatan anda membeli barangan dari mereka, secara tidak langsung memberikan mereka sumber pendapatan dan mereka akan terus selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. atas dasar perikemanusiaan dan belas kasihan, tidak dinafikan ada antara penduduk tempatan sendiri yang melindungi PATI ni. lagipun bukan semua mereka juga terdiri daripada orang2 yang jahat.

      Padam
    2. Tapi ada juga yang melindungi PATI ni untuk kepentingan sendiri. contohnya membenarkan mereka bekerja kerana PATI ni sanggup diberikan berapa saja upah asalkan mereka dapat terus tinggal di negara ini.

      Padam
    3. Majikan yang mengambil kesempatan untuk mengupah PATI dengan alasan mereka tidak meminta gaji yang besar perlu di hukum.

      Padam
  10. Isu ini bukan isu yang asing kerena sudah terlalu lama Sabah menghadapi masalah ini, pelbagai usaha telah dilakukan tetapi tetap sahaja bilangan pendatang asing bertambah dari masa kesemasa. Mereka terlalu selesa dengan keadaan di Sabah sehinggakan ada yang berani melakukan jenayah. Cadangan untuk menubuhkan RCI saya fikir adalah satu cadangan yang perlu di pertimbangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Not to be considered but to be implemented.

      Padam
  11. sekarang ni PATI ada di mana2 sahaja, bilangan mereka pun makin ramai, ini yg amat membimbangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. di beberapa kawasan, warganegara asing ni sudah melebihi penduduk tempatan. tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan menguasai semua apa yang ada di Sabah.

      Padam
  12. moga RCI perlu ditubuhkan segera bagi atasi masalah ini.

    BalasPadam
  13. Everyone is eager to know the PM decision regarding the setting up RCI in sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I hope PM will make his decision wisely. Having to set up RCI in sabah would or might solve the illegal immigrant issue that had been in sabah for a very2x long time already .

      Padam
  14. menteri2 kabinet persekutuan telah bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI.. kalau yakin bahawa RCI mampu menyelesaikan masalah ini, bermakna tidak lama lagi Sabah akan bebas dari PATI..

    BalasPadam
  15. yang musykilnya, betulkah The Malaysia Insider ada menemuramah penduduk di Pulau gaya?? jika betul, kenapa tidak sertakan sekali gambar penduduk atau penempatan Pulau Gaya??

    BalasPadam
  16. Kehadiran pendatang di Sabah sudah semestinya membimbangkan negara kita. Maka kerajaan pasti akan menyelesaikan perkara ini secepat yang mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I hope this issue will put to rest someday.

      Padam
  17. adakah penubuhan RCI akan menjadi satu-satunya cara untuk berurusan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin?

    BalasPadam
  18. jika benar hanya RCI sahaja yang dapat menyelesaikan isu PTI, maka mudah-mudahan PM kita akan meluluskan penubuhannya sebelum PRU nanti

    BalasPadam
  19. walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

    BalasPadam
  20. Biarlah keputusan yang tepat dapat dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan semua

    BalasPadam
  21. Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera.

    BalasPadam