Rabu, Februari 22, 2012

ADA ‘MUSUH DALAM SELIMUT’: BUNG

Ada ‘musuh dalam selimut’: Bung

bung KINABATANGAN Feb 22: Terdapat ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) di sini cuba khianati parti dengan membawa calon-calon luar dan parti pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin, mendakwa mereka ini membawa calon-calon dari luar dan parti pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Kalau sudah tidak suka dengan parti Umno dan BN, keluar sahaja dari parti bukannya mengkhianati parti sendiri,” katanya.

Pengerusi BN Parlimen Kinabatangan ini turut memberitahu kita tahu mana-mana ahli-ahli Umno dan BN yang mengkhianati parti.

”Kita akan siasat mereka ini yang kita sifatkan sebagai musuh dalam selimut,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian komputer 1Malaysia Parlimen P.187 Kinabatangan di Dewan Sri Lamag, dekat sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan, Haji Bukhari Yahya, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Jafry Ariffin dan barisan kepimpinan BN di kawasan ini.

Bung Moktar berkata mereka ini ibarat bermain wayang di mana mereka ini kalau di hadapannya begitu baik tetapi di belakang mereka ini mengkhianati parti.

”Budaya ini perlu dibendung dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana mereka ini tidak setia kepada parti,” katanya sambil menambah akan menyiasat secara terperinci berhubung perkara ini.

Beliau berkata sekiranya mereka ini benar-benar terlibat, kita akan bawa serta kemukakan perkara berkenaan ke mesyuarat tinggi Umno untuk mereka dikenakan tindakan kerana mereka ini tidak lagi mengikut kehendak parti.

”Budaya yang mereka bawa ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap kepimpinan serta ahli-ahli Umno dan BN yang lain,” katanya yang turut memberitahu setiap kali ada perjumpaan parti pembangkang atau calon-calon dari luar ini mereka akan berada di sana dan kelihatan memberi sokongan pada perjumpaan itu.

Berhubung kehadiran parti pembangkang di Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar menyifatkan ia perkara biasa di mana kehadiran mereka ini hanya untuk meraih simpati setiap kali menjelang pilihan raya.

”Kita telah bekerja keras untuk rakyat dan rakyat juga tahu serta sedar mana pemimpin yang membawa manfaat kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata BN dan Umno pasti akan dapat mempertahankan kerusi di kawasan ini yang sebelum ini sememangnya milik kita.

”Insya Allah kita akan dapat pertahankan kerana rakyat akan berpihak kepada BN dan Umno sebagai tulang belakang parti,” katanya yang turut menegaskan sesiapa juga calon BN pada pilihan raya akan datang ini pasti akan menang.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut mengulas mengenai sikap kepimpinan Dr. Jeffry Kitingan yang mana disifatkannya sebagai seorang pemimpin yang tidak mendapat sokongan rakyat.

”Rakyat tahu sikap dan perwatakan dia yang mana budaya yang dibawanya tidak tidak mencapai kehendak rakyat di negeri ini,” katanya.

32 ulasan:

  1. How can the BN members bring in outsiders to compete, is it allowed? Hope that this will be investigated thoroughly.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika pekara ini benar, langkah yang bersesuaian perlu diambil.

      Padam
  2. It is not professional to betray your own party members, better just leave and join other party if they do not wish to fight with the existing party.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah tidak sehaluan, keluar dari parti komponen dan mencari hala tujuan yang lain.

      Padam
    2. Betul, kalau tidak sehaluan, baik keluar dan bukan menjadi musuh dalam selimut.

      Padam
  3. perasan tak... bila ja c YB (yang berkuasa @ status ADUN/P) ni goyah.. byk 'taichi' nya tepis sini, tepis sana kluar di newspaper.

    Antaranya c Bung Mokhtar & Anifah Aman. Ada lagi tu nanti.. huhu :p

    BalasPadam
  4. Ahli2 harus bersatu padu dalam parti supaya pihak2 luar tidak mudah mematahkan perpaduan di kalangan ahli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya. semua kena bersatu padu dan setia pada parti. jgn jadi duri dalam daging parti.

      Padam
    2. Tanpa kesepakatan dalam parti bagaikan tidur sebantal tapi bermimpi lain.

      Padam
    3. setiap ahli harus saling bekerjasama dan bersatu untuk kebaikan bersama.

      Padam
  5. Pasang strategik masing2.JK sedang menyusun strategik dan melaksanakannya.

    BalasPadam
  6. musuh dalam selimut inilah yang perlu dikesan dan dihapuskan, mereka lebih berbahaya dari musuh di luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. musuh dalam selimut boleh menjejaskan parti..langkah mengatasi harus diambil..

      Padam
  7. kadang2 kekalahan parti bukan disebabkan kelemahan parti dalam membela nasib rakyat, tetapi disebabkan oleh segelintir pemimpin2 dalam parti itu sendiri..

    BalasPadam
  8. saya harap parasit2 dalam BN ini dapat dikesan sebelum bermula pilihanraya umum.. ambil tindakan tegas dengan menghentikan keahlian mereka serta-merta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. siasatan harus dibuat agar tindakan dapat diambil.

      Padam
  9. Parti komponen harus bersatu padu berjuangkan agenda yang sama.

    BalasPadam
  10. Jika perosak parti tidak disingkirkan, ini akan menjejas parti secara keseluruhan.

    BalasPadam
  11. Berpecahan ahli akan mendatangkan kesan yang amat negatif kepada BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, konflik dalam parti sendiri akan menyebabkan parti kecoh dan hilang tumpuan dalam mencapai objektif.

      Padam
  12. Bn harus berubah juga. Strategi lama mungkin tidak sesuai dengan politik di Malaysia lagi.

    BalasPadam
  13. Could be one of the opposition party strategy to get the BN members to go against BN.

    BalasPadam
  14. “Kalau sudah tidak suka dengan parti Umno dan BN, keluar sahaja dari parti bukannya mengkhianati parti sendiri,”

    I agree with this statement. The backstabber should just get out from the party if they are no longer have the interest to be in BN.

    BalasPadam
  15. Ada musuh dalam parti sendiri inilah yang sangat merbahaya..

    BalasPadam
  16. Semoga tidak ada parti yang melakukan perkara sebegini. Ini adalah sikap yang tidak patut ada dalam diri setiap pemimpin.

    BalasPadam
  17. Mungkin apa yang Bung katakan ini ada benarnya. Maka apa yang kita boleh buat cuma memberikan nasihat kepada mereka yang berniat sedemikian.

    BalasPadam
  18. Perkara sebegini cuma akan melemahkan parti tersebut. Maka pastikan masalah sebegini tidak akan berlaku.

    BalasPadam
  19. Ahli sendiri ingin menjatuhkan rakan sendiri memang tidak patut berlaku. Jangan amalkan sikap sebegini. Seharusnya satu bumbung perlulah bersatu dan berkerjasama.

    BalasPadam
  20. semua ahli harus mengutamakan kepentingan rakyat..itu yang penting.

    BalasPadam
  21. Musuh dalam selimut. Adalah lebih baik jika musuh2 dalam selimut dikenalpasti dan dikeluarkan dari selimut agar tidak menjadi punca kepada perbalaan antara ahli.

    BalasPadam
  22. Kerjasama dan kepercayaan antara ahli adalah penting bagi menjaga hubungan agar sentiasa baik.

    BalasPadam
  23. Hidarkan dari melakukan perkara yang tidak seharusnya yang hanya akan merugikan kedua2 pihak.

    BalasPadam