VVIP SABAH LINDUNGI SINDIKET IC PROJEK?
Saudara Pengarang,
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, maka terlaknatlah saya jika mengeluarkan penulisan fitnah atau hasutan.
Namun demi namaMu Ya Rabbi, atas nama negara yang tercinta dan rukun negara yang saya junjung, maka wajiblah saya menyebarkan apa yang perlu untuk ikhtibar kita semua. Seandainya penulisan ini penipuan semata-mata, maka terkutuklah saya dan seluruh keturunan saya.
Jika sebelum saya menyertai PDRM, mungkin saya tidak percaya, tetapi semenjak peristiwa di suatu malam, ketika saya bertugas sebagai Anggota Cawangan Khas), barulah aku percaya bahawa Sindiket IC Projek memang benar-benar wujud.
Baru-baru ini, pasukan kami diarahkan membuat serbuan ke sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Cheras Indah, Ampang,Kuala Lumpur. Dalam serbuan itu, pasukan kami menahan sepasang suami isteri yang mengaku sebagai rakyat negeri Sabah.
Namun seorang rakan saya, orang lama dalam PDRM mengatakan mereka sebenarnya asalnya adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filifina beretnik Suluk.
Pada malam itu, pasukan kami merampas pelbagai dokumen seperti borang sebuah pertubuhan bernama 'Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah' dan dokumen rasmi berupa resit sementara dan beribu kad pengenalan yang sudahpun diproses!.
Namun pada malam itu juga, seorang VVIP telah mencampuri urusan dan bidang tugas kami kerana beliau telah menghubungi 'orang atasan' kami dan mengarahkan pasangan terbabit dilepaskan bersama bukti yang kami rampas!.
Mengapa dan kenapa? Satu persoalan yang sukar saya dan kumpulan saya jawab. Mungkin benarlah bahawa mana-mana pemimpin SABAH adalah kaki rasuah dan suka menyalahguna kuasa.
Pada malam itu, kami terpaksa menelan kata-kata VVIP itu yang menghina profession polis dan menghina bangsa Melayu Semenanjung. Kami bukannya Anti-Orang Sabah. Sebagai anggota PDRM, kami sayangkan Anak Negeri Sabah termasuk suku kaum Kadazan, Rungus, Murut dan sebagainya.
Bagi kami, etnik Bugis dan Suluk yang ada di Sabah hari ini adalah pendatang yang majoritinya masih berstatus pendatang haram.
Mungkin apa yang terjadi di Sabah suatu masa lalu adalah satu kesilapan bangsa Melayu Malaysia, tapi kali ini apakah patut ia dipendam begitu sahaja? Tidak!
Lihat gambar sedutan borang keahlian Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah (terpaksa disunting untuk mengelak disalah guna untuk tujuan songsang); ada yang tidak kena kerana menyenaraikan dokumen yang dimiliki pemohon termasuk IMM13.
Pasukan kami menyemak dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah dan dimaklumkan bahawa Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah tidak dalam rekod mereka. Sewajarnya KDN perlu segera menyiasat perkara ini dan membatalkan sebarang permohonan (jika ada) bagi mengelakkan kegiatan suami isteri ini berkembang biak semula.
Memandangkan rakyat Sabah semakin bangkit memberontak, maka Sindiket Kad Pengenalan Projek ini memindahkan operasi mereka ke Semenanjung kerana di sini masih ramai PATI Myanmar, India, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Thailand, Rohingya yang tidak berdokumen.
Salam Hormat,
“Kami Bukan Anjing”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
SB GELISAH
Dear SB GELISAH,
BalasPadamHave you take this matter to the relevant authorities as well as the RCI set up committee pertaining this matter?
kerana inilah RCI perlu ditubuhkan untuk selesaikan isu ini.
BalasPadamdakwaan diatas perlu diberi perhatian, jgn biarkan kegiatan ic palsu berleluasa.
BalasPadamYang penting penubuhan RCI di Sabah diluluskan. RCI sangat2 diperlukan di Sabah.
BalasPadamParti Bersatu Sabah (PBS) has lauded the bold decision taken by Umno Sabah divisional chiefs led by Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Aman to openly support the formation of a Royal Commission of Inquiry (RCI) on ‘Project IC’ which for the first time has united all the BN Sabah component political parties on the common issue.
PadamDiharapkan RCI untuk isu Projek IC akan diluluskan secepat mungkin sebelum isu ini menjadi teruk.
PadamProjek IC palsu ini boleh memberi impak kepada rakyat seluruh negara, bukan sahaja Sabah yang mengalaminya.
BalasPadamBaguslah, biar mereka rasa seperti yang dirasai oleh rakyat Sabah.
BalasPadamBila mereka rasa barulah mereka akan serius mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu.
BalasPadamsebab kuasa dan wang, sanggup rakyat Malaysia sendiri menggadai maruah negara.
BalasPadambila ada dakwaan2 yang melibatkan orang2 besar, kadang2 sukar untuk menyabitkan mereka bersalah disebabkan kuasa yang mereka ada. diharap aduan ini akan dapat diambil tindakan. pengadu juga sepatutnya mendedahkan nama pihak yang terlibat bagi memudahkan siasatan.
BalasPadamReality bites! If the complainant reveals the name, he might get summoned in the court. The person accused is a VVIP. Not simply a common person.
PadamProjek IC yang didakwah oleh pembangkang ini tidak pasti lagi apa tujuan sebenarnya. Kita harap masalah ini tidak akan berlaku dan pembangkang juga tidak perlulah lagi memainkan isu ini untuk meraih sokongan dari rakyat..
BalasPadamJika dakwaan ini benar, siapalah VVIP yang dimaksudkan itu? Dasar pengkhianat.
BalasPadamkenapa tidak dedahkan sahaja nama VVIP itu berserta dengan pangkat beliau??
BalasPadamsaya akan tunggu apa perkembangan tuduhan ini.. penulis juga patut dedahkan sekiranya ada maklumat tambahan..
BalasPadamPerkara ini bukan lagi rahsia..satu satunya jalan untuk mengembalikan kedaulatan undang undang malaysia ialah menyegerakan RCI...Sukalah dimaklumkan warga yang dimaksudkan adalah suku kaum Tausug Filipin dan bagi bumiputera sabah suku mereka ialah Suluk...tetapi bangsa bangsa tausug akan menguna pakai nama suku suluk untuk melindungi identiti mereka sebagai Tausug filipin..dikepulauan sulu tidak ada kesukuan Suluk tetapi Tausug..Suluk hanya bagi kaum kaum Suluk Sabah..Kerajaan Malaysia harus mengenal pasti suku suku kaum bumiputera di Sabah untuk mengelakkan kekeliruan..kepada rakyat Malaysia..
BalasPadamMoyang72.. baru saja Najib umumkan terma2 RCI.. sabar la.. enda lama lagi selesai sudah itu masalah PATI dan Projek IC..
BalasPadam