Rabu, Januari 25, 2012

SEPARUH KEPALA HANCUR TERKENA BUNGA API

Kepala berkecai dihentam bunga api

image AHLI keluarga Shaow Yong (terbaring) duduk di sisi mayatnya di Taman Seputeh, Luyang, Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 25 Jan 2012: Seorang lelaki maut apabila kepalanya berkecai ketika cuba memeriksa satu daripada tiga bunga api disangkakan tidak berfungsi, tetapi meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Taman Seputeh, Luyang, di sini, awal pagi kelmarin.

image

Police carrying the body of By Shaow Yong, 26, who died in a fireworks blast in front of his house at Taman Seputeh, Luyang in Kota Kinabalu, on Monday.

Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai By Shaow Yong, 26, dikatakan menyalakan tiga bunga api berkuasa tinggi yang mampu membentuk objek di udara, berhampiran rumahnya sempena Tahun Baru Cina, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

imageDua daripada bunga api dipercayai sama jenis digunakan pihak berkuasa bagi menyambut sesuatu perayaan meletup di udara, manakala satu lagi tidak berfungsi, menyebabkan mangsa cuba melakukan pemeriksaan sebelum ia meletup.

Letupan secara tiba-tiba itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dan ahli keluarga yang cuba memberikan bantuan terkejut apabila mendapati sebahagian daripada kepalanya hancur.

Difahamkan, bunga api berkenaan dibeli dengan harga RM500 dan dipercayai dibawa masuk secara haram dari China.

1 ulasan:

  1. jangan main mercun, jangan main mercun kata datuk saya suatu ketika dulu.Walaupun sekolah sampai darjah 2, tapi datuk saya tahu bahan kimia itu amat bahaya untuk dimainkan.

    BalasPadam