Jumaat, Januari 27, 2012

PELUPUSAN PINJAMAN PTPTN RETORIK?

Janji Pembangkang Mahu Lupus PTPTN Retorik Politik

image

KUALA KRAU: Janji pembangkang yang kononnya mahu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat lebih bersifat janji politik semata-mata dalam usaha mereka untuk meraih sokongan generasi muda.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, rakyat perlu sedar bahawa pihak pembangkang kini akan menabur pelbagai janji dalam usaha mereka meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji itu sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata.

"Semasa beliau (Anwar) menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah mencadangkan supaya kerajaan meminjam daripada Tabung Kewangan Dunia (IMF) ketika berlaku krisis ekonomi, kini beliau mahu lupuskan pinjaman PTPTN pulak?," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 233 penduduk Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau di sini. Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau berkata, rakyat wajar berfikir secara rasional terhadap setiap janji yang dibuat pihak pembangkang ketika ini, kerana banyak janji yang dibuat itu langsung tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah membuat janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan, namun pelbagai program yang dibuat akan sentiasa mengambil kira kesejahteraan rakyat.

"Sejak 2007, PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM38 bilion bagi membantu pelajar meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pihak PTPTN juga telah banyak memberi pelbagai kelonggaran berhubung soal pembayaran balik pinjaman itu.

"Semua pihak harus sedar bahawa pinjaman yang dibayar itu, akan diberikan pula kepada pelajar lain yang mahu meneruskan pengajian mereka," katanya.

16 ulasan:

  1. This would be very unrealistic: there will be no more loans to be given out to those who are not qualify for a scholarship and at the same time does not have any means of financing their studies.

    BalasPadam
  2. Anwar hnya tau memberi janji2 kosong dan yang tidak boleh dilakukan, jgnlah mudah terpedaya dgn kata-katanya.

    BalasPadam
  3. pinjaman tetap pinjaman dan ia hrus dilangsaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, macam mana pelajar lain hendak meminjam lain kali jika semua peminjam tidak bayar balik.

      Padam
  4. Hanya kerajaan saja yang boleh memikirkan dan pelaksanakan program bantuan sedemikian kreatif untuk rakyat. tidak seperti pembangkang yang hanya pandai brcakap dan mengelirukan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mampu ka pembangkang melangsaikan pinjaman PTPTN?

      Padam
  5. Perjanjian ini terlalu senang dicakap, tapi bukan senang nak lakukan, bagaimana PKR boleh melupuskan pinjaman PTPTN?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembangkang ni kenalah ukur keupayaan mereka. bukan mudah tu nak lupuskan pinjaman PTPTN. saya tidak yakin dengan janji2 seperti ini.

      Padam
  6. Jangan lah mengharap. Baik usaha sendiri membayar apa yang sudah di pinjam.

    BalasPadam
  7. Usaha untuk membayar balik pasti akan langsai hutang PTPTN bila tiba masanya...

    BalasPadam
  8. kalau berjanji pun agak2lah dapat direalisasikan. bukan buat janji tinggi sampai ke langit tapi sedikit pun tidak tercapai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang itu yang ahli2 politik selalu buat kan. Janji pandai, tepati tidak.

      Padam
  9. Janji pembangkang adalah janji kosong semata-mata.

    BalasPadam
  10. Apa relevannya pinjaman PTPTN dilupuskan?

    BalasPadam
  11. memang tidak masuk akal.. jika Anwar mahu melupuskan pinjaman PTPTN sebaik memerintah negara ini, bagaimana pula dengan bekas peminjam yang melangsaikan hutang mereka kepada PTPTN?? adilkah bagi mereka? atau Anwar akan memasukkan jumlah pinjaman yang mereka bayar kepada PTPTN ke akaun mereka semula??

    BalasPadam
  12. agaknya Anwar dalam keadaan terdesak mahu mendapatkan jawatan PM.. sebab itu dia buat janji2 yang luar biasa..

    BalasPadam