Ahad, Januari 08, 2012

PAS PECAT HASAN ALI

PAS Pecat Hasan Ali

PETALING JAYA: PAS memutuskan untuk memecat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam kenyataan pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

15 ulasan:

  1. PAS really decided to fire Hasan Ali for voicing out his opinions?

    BalasPadam
  2. What will Hasan Ali do after this? Any other political parties he will enter next?

    BalasPadam
  3. mungkin pemecatan ini mampu memberikan kesan kepada pas.

    BalasPadam
  4. terserah kepada Hasaan Ali bagaimana menentukan halatuju politknya selepas ini.

    BalasPadam
  5. Menurut Najib, pemecatan Hassan Ali sebagai anggota PAS adalah soal dalaman parti itu dan tiada kena mengena dengan UMNO.

    BalasPadam
  6. Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula, pemecatan Hasan Ali itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

    BalasPadam
  7. walaupun dah dipecat, Hassan Ali masih boleh teruskan perjuangannya.

    BalasPadam
  8. Entah apa sebenarnya pendirian Hassan Ali ni. Jangan talam dua muka sudahlah.

    BalasPadam
  9. Tidak lama lagi keluar di tajuk berita bahawa Hassan Ali masuk parti sekian sekian..kemudian spekulasi baru timbul. Cliche.

    BalasPadam
  10. Tindakan memecat Hasan Ali akan memburukan lagi kepimpinan PAS sendiri selepas ini.

    BalasPadam
  11. Biarlah..Masih ada parti yang akan memerlukan perjuagan Hasan Ali selepas ini.

    BalasPadam
  12. kalau PAS memerintah negara ini, tidak mustahil mereka akan ubah perlembagaan supaya rakyat tidak boleh mengkritik kepimpinan parti itu.. siapa yang didapati menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PAS, pasti akan dikenakan tindakan undang2..

    BalasPadam
  13. saya melihat pemecatan Hasan Ali ini sebagai tidakan paling tidak demokrasi yang diamalkan oleh PAS dan juga Pakatan.. mereka sibuk memperjuangkan kebebasan bersuara tapi menghukum mana2 pihak yang membuat kenyataan bertentangan dengan parti..

    BalasPadam
  14. Pasti akan disambut baik oleh pihak lain.

    BalasPadam
  15. kemungkinan ahli2 PAS yang selama ni menyokong Hassan Ali akan ikut serta ke parti lain sekiranya Hassan Ali lopmat.

    BalasPadam