Lelaki cuba beli barang guna not AS$1 juta
LEXINGTON: Polis berkata, seorang lelaki Carolina Utara cuba membeli barangan bernilai AS$476 (RM1,508) dengan sekeping wang ‘bernilai’ AS$1 juta, semalam.
Menurut jurucakap polis, Michael Fuller, 53, menunjukkan wang berkenaan kepada pekerja Walmart dan sedaya-upaya meyakinkan petugas itu kononnya ia tulen.
“Fuller cuba membeli pembersih hampa gas, pembakar gelombang mikro dan beberapa barangan lain menggunakan wang berkenaan,”
katanya.
Petugas Walmart kemudian menghubungi polis selepas Fuller terus bertegas mendakwa wangnya sah digunakan.
Fuller kemudian ditahan untuk disoal siasat.
Nilai wang kertas terbesar yang sah di Amerika Syarikat ialah AS$100 selepas pengeluaran not AS$10,000 dihentikan pada 1969.
Nasib baik itu petugas tidak terpedaya oleh pencubaan menipu oleh lelaki ini.
BalasPadamSentiasa bersiap sedia dengan keadaan yang tidak kita sangka akan berlaku.
BalasPadamSama ada orang tu menipu ataupun sudah nyanyuk.
BalasPadamkantoi menipu.. entah negara mana yang ada guna sekeping wang bernilai 1 juta..
BalasPadammmg tak logiklah jika ada sekeping wang kertas satu juta.
BalasPadamya tidak logik ada 1juta 1 keping. Nasib baik tu jurujual tidak tertipu.
BalasPadamBoleh-boleh ada duit $1 Juta. Memang tidak logik dia cakap tulen.
BalasPadammemang tidak munasabah jika terdapat sekeping wang kertas 1 juta dollar.
BalasPadampaling banyak pun saya pernah nampak not 100,000 rupiah.
BalasPadam