Sabtu, Januari 28, 2012

BANDUAN JAHIT MULUT BANTAH LAYANAN BURUK

Banduan jahit mulut bantah layanan buruk

1 BISHKEK: Lebih 1,000 banduan Kyrgyzstan menjahit mulut mereka sebagai membantah keadaan hidup di penjara.

Tindakan itu adalah lanjutan daripada mogok lapar selama dua minggu, membabitkan 7,500 banduan yang dilancarkan berikutan serbuan oleh pasukan khas polis terhadap sebuah penjara di Bishkek.

Pegawai penjara berkata, unit khas itu dikerah untuk menyuraikan rusuhan oleh banduan yang merosakkan bilik tahanan mereka dan memotong tangan serta perut ketika operasi mencari yang dijalankan pengawal.

Banduan yang melancarkan mogok lapar itu menuntut peletakan jawatan Ketua Perkhidmatan Penjara dan pengurus pusat tahanan tempat tunjuk perasaan itu bermula.

Kira-kira 6,400 tahanan terbabit dalam mogok itu dan 1,175 menjahit mulut mereka. Bagaimanapun, 200 daripada mereka kemudian meminta bantuan perubatan untuk menanggalkan jahitan itu. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan