Anwar Tidak Bersalah Tuduhan Liwat
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Ketika melepaskan dan membebaskan ahli politik berusia 64 tahun itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful.
Katanya mahkamah tidak dapat mensabitkan Anwar dengan pertuduhan itu semata-mata berdasarkan kepada keterangan Mohd Saiful.
Anwar tersenyum semasa keputusan itu dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak manakala anggota keluarganya kelihatan berpelukan sambil ada yang menitiskan air mata.
Anwar, yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.
Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.
Good that Anwar was released from this case after so long.
BalasPadamThis shows that our judiciary system are independent and fair while judging this case.
BalasPadamBersyukur lah Anwar kerana didapati tidak bersalah.
BalasPadamKalau ingin lebih selamat adalah lebih baik bersara dari dunia politik, dan berikan peluang kepada anak beliau untuk mengendalikan Pakatan.
BalasPadamKalau Anwar didapati bersalah, alamat kecohlah kelmarin. Tentu ada yang akan buat mogok nanti.
BalasPadamThis clearly shoes that our judiciary system has not been compromised as some quarters have claimed
BalasPadamA job well done to the preciding judge!
BalasPadamtiada bukti kukuh yang boleh menyabitkan Anwar dalam kes liwat ni jadi wajarlah dia dibebaskan.
BalasPadamsistem kehakiman kita tidak diragui lagi.
BalasPadamkeputusan dah diputuskan, harap isu ini tak ditimbulkan lagi.
BalasPadamkeputusan ini menunjukkan mahkamah mengadili kes tersebut dengn adil dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
BalasPadamkonspirasi yang didakwa oleh Anwar selama ini juga terbukti tidak wujud.
BalasPadamBaguslah kalau keputusan Mahkamah memihak kepada Anwar.
BalasPadamAnwar patut bersyukur dan tampil membersihkan imej intitusi kehakiman negara yang mana sebelum ini sering menjadi tohmahan pemimpin2 pembangkang sepanjang kes Anwar dibicarakan..
BalasPadam