Khamis, Januari 26, 2012

ANONYMOUS RANCANG SERANG FACEBOOK SABTU INI

Penggodam ancam lagi

anonface WASHINGTON 2012/01/26: Penggodam internet yang terkenal menggunakan nama Anonymous, mengumumkan pelan untuk melancarkan serangan ke atas rangkaian sosial popular, Facebook, pada Sabtu minggu ini.

Kumpulan berkenaan menyiarkan video di laman YouTube mengumumkan rancangan itu.

“Perang online sudah bermula antara Anonymous, orang ramai dan kerajaan Amerika Syarikat,” menurut video berkenaan. Laporan CBS News menyebut, pengumuman dibuat menggunakan akaun YouTube, AnonymousVoice777.

Ancaman terbaru kumpulan berkenaan menyerang Facebook bukanlah yang pertama.

Tahun lalu, kumpulan itu berikrar ‘membunuh Facebook pada Hari Guy Fawkes, iaitu pada 5 November.

Setakat ini, tiada apa yang berlaku. Menurut laporan, penggodam berkenaan meminta orang ramai membantu mereka menyerang Facebook hujung minggu ini, menyatakan mereka tidak akan berdepan masalah jika turut sama dalam rancangan itu.

11 ulasan:

  1. bakat dan kepandaian disalahgunakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah.

    BalasPadam
  2. apa tujuan mereka nak menyerang Facebook?

    BalasPadam
  3. Satu tindakan yang tidak masuk akal. Daripada mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah lebih baik pergi bersenam untuk kesihatan.

    BalasPadam
  4. Setakat ini tidak ada apa2 yang berlaku. Harap orang ramai tidak terpengaruh dengan mereka2 ini kerana tidak ada sebab yang munasabah mengapa harus kita turuti mereka untuk menyerang facebook.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knowledge is a double edge sword: sadly these computer savvy youth choose to use their knowledge to do more harm than good

      Padam
    2. I believe this is the same group that tried to hack into the our Online Government system last year.

      Padam
  5. Some people can be very genius and stupid at the same time. Irresponsible act by anonymous.

    BalasPadam
  6. Buat apa nak serang Facebook tanpa sebab yang munasabah? Apakah tujuan mereka membuat begitu, bukankan kumpulan Anonymous ini penyokong besar kebebasan maklumat dan kebebasan bersuara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada sesuatu yang tidak memuaskan hati penggodam ni sampai mahu menyerang Facebook. mungkin juga sebab iri hati dengan pemilik Facebook yang semakin maju dan mendapat untung yang besar.

      Padam
  7. Biarlah tidak ada kaitan juga dengan kita kalau diorang mahu mengodam FB.

    BalasPadam
  8. kenapa agaknya dia mahu serang FB? mahukah orang ramai menyokong tindakan mereka sedangkan majoriti rakyat diseluruh dunia menggunakan laman sosial ini setiap hari..

    BalasPadam