Khamis, Disember 01, 2011

"DIA TUDUH SAYA MABUK, SAYA TIDAK KATA ORANG BLACK METALIK, SAYA TIDAK HINA SESIAPA."

image----------------------------- Gbr Hsn ---------------------------------------

Gobalakrishnan Diarah Keluar Dewan

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan Khamis diarah keluar dewan kerana menimbulkan kekecohan semasa Dewan Rakyat membincangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian selepas beliau enggan mematuhi arahan untuk tidak mencelah giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) membahaskan laporan itu.

Walaupun diarah beberapa kali untuk duduk, Gobalakrishnan tetap berdegil dan mendesak Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, supaya memberikan laluan kepadanya.

imageNamun Anwar tidak mempedulikan permintaan itu dan menyebut "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" yang menimbulkan kemarahan anggota Parlimen Bebas itu.

Tindakan Gobalakrishnan yang bangun dan menghalang kelancaran sesi perbahasan memaksa Wan Junaidi meminta Bentara Parlimen untuk menarik wakil rakyat itu keluar.

image "Yang Berhormat (Gobalakrishnan)...duduk, saya bersikap gentleman dalam hal ini..., kalau Yang Berhormat tidak hormati arahan saya (untuk keluar dewan) bagaimana saya hendak hormat," kata Wan Junaidi.

Gobalakrishnan bagaimanapun mempertahankan tindakannya sambil berkata: "Dia (Anwar) tuduh saya mabuk, saya tidak kata orang black metalik, saya tidak hina sesiapa."

Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka mengenai beberapa isu.

"Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka," katanya.

12 ulasan:

  1. This is a serious accusation, hope that investigation will be make to ensure the truth of the claims.

    BalasPadam
  2. We'll just wait and see how it goes, its good to hold a debate for this matter.

    BalasPadam
  3. ikut la peraturan atau etika ketika sesi perbahasan dalam dewan rakyat.. memang patut beliau diarahkan keluar kerana tidak menghormati arahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat..

    BalasPadam
  4. kita harus hormati dewan, ikut etika dan peraturan yang dtetapkan.

    BalasPadam
  5. kita tgk adakah cabaran debat tersebut akan diterima Anwar.

    BalasPadam
  6. semua ahli parllimen perlulah sentiasa mematuhi peraturan. sebagai pemimpin mereka perlu menunjukkan contoh dan disiplin yang baik.

    BalasPadam
  7. berkenaan dengan debat, tunggu saja adakah Anwar akan menyahut cabaran itu atau tidak.

    BalasPadam
  8. macam2 karenah orang2 politik ni..

    BalasPadam
  9. Ini lari sudah dari matlamat perbincangan ni.patutlah sidang dewan ni berjam2 baru selesai.

    BalasPadam
  10. Kalau semua mahu buat perangai, apa macam mahu ada tindakan kalau kali2 masa untuk perbincangan digunakan untuk 'drama' politik pula.

    BalasPadam
  11. Come on lah. Be professional.

    BalasPadam
  12. Jadi Anwar berdebatlah..Cakap Hero Malaysia..

    BalasPadam