Cuepacs mahu kerajaan batal ‘Exit Policy’ sektor awam
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs mahu kerajaan membatalkan dasar pemisah atau ‘Exit Policy’, salah satu komponen di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan ia akan merugikan kaitangan awam.
Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam, juga mengesyaki ia salah satu usaha kerajaan mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam dalam jangka panjang.
“Cuepacs mahu dasar pemisah ini dimansuhkan, kami memutuskan tidak mahu terima dasar baru ini,”
kata Presidennya Datuk Omar Osman pada sidang media sempena perhimpunan dan taklimat membantah SBPA di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.
Omar berkata, pihaknya khuatir dasar itu akan digunakan untuk membuang mana-mana kakitangan awam dengan memberi markah kurang 70 peratus.
Ketika kerajaan hendak melaksanakan umur persaraan wajib 60 tahun, katanya, dasar pemisah itu tidak perlu dan tidak dialu-alukan untuk membuang atau menghentikan mana-mana kakitangan.
Malah menurut beliau, dasar pemisah boleh disalahgunakan untuk mengecilkan tenaga kerja.
Pelaksanaan SBPA juga telah memansuhkan sekitar 29,000 jawatan.
Ketika diminta mengesahkan sama ada pihaknya risau ia akan digunakan untuk mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam, Omar berkata, “kita nampak begitu.”
Penolakan dasar pemisah merupakan antara lima perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam, kata beliau.
Perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pertemuan dengan Cuepacs pukul 11 pagi, Khamis ini.
Kata Omar, kerajaan masih boleh membuang atau menghentikan mana-mana kakitangan yang bermasalah menggunakan cara lain termasuk merujuk kepada lembaga disiplin.
“Kita ada kaedah-kaedah lain, akujanji, perintah am dan lembagai disiplin. Mengapa hendak gunakan dasar ‘exit policy’,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider 8 Disember lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata pelaksanaan dasar pemisah tidak wajar menjadi satu isu kerana bilangan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan mereka berprestasi rendah sangat kecil.
Abu Bakar berkata, rekod JPA menunjukkan bilangan mereka yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah, kumpulan yang terdedah kepada tindakan dibersarakan di bawah sistem SBPA, yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ini, hanyalah 1.1 peratus.
Paras itu bersamaan dengan sekitar 15,400 orang daripada keseluruhan 1.4 juta kakitangan awam buat masa sekarang.
“Jadi, ini tidak sepatutnya menjadi isu besar ditambah pula dengan jaminan JPA akan menyiasat terlebih dahulu sebelum diambil tindakan supaya dapat dielakkan penganiayaan,” kata beliau.
Dalam penjelasan itu, Abu Bakar berkata, berhubung dengan isu penjawat berprestasi rendah iaitu markah prestasi di bawah 70 akan dibersarakan, semakan JPA ke atas sampel laporan prestasi bagi tahun 2010 melibatkan 131,196 orang penjawat awam atau 10 peratus, seramai 39 peratus memperoleh 90 markah dan ke atas, dan ia disusuli dengan 55.6 peratus mengumpulkan 80 hingga 89 markah dan 4.3 peratus lagi antara 70 hingga 79 markah.
“Mereka yang prestasi di bawah 70 iaitu 69 ke bawah hanyalah 1.1 peratus,” katanya.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran pekeliling SBPA bagi kakitangan perkhidmatan umum, guru, polis dan Angkatan Tentera Malaysia sehari sebelum itu, Abu Bakar berkata, penjawat kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem SBPA dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas proses penilaian.
Abu Bakar menjelaskan penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh 69 markah dan ke bawah.
“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Abu Bakar berkata, mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan, sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan.
“Tetapi akan dinilai oleh panel, selama enam bulan, mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik. Kita semua manusiakan,” katanya.
“Kita kena beri mereka peluang untuk memperbaiki keadaan, dan jika masih tiada perubahan, baru akan diminta berhenti kerja,” kata beliau lagi.
Saya rasa, mana-mana penjawat awam yang tidak mampu berkhidmat dengan baik patutlah disingkirkan supaya boleh meningkatkan kuasliti perkhidmatan mereka terhadap rakyat.
BalasPadamBilangan penjawat awam dalam sektor kerajaan tidak perlulah besar, yang penting cukup untuk memastikan operasi seharian berjalan lancar. Harap pertimbangan yang sewajarnya dilakukan sebelum pelaksaan mana-mana polisi.
BalasPadammemang sesuailah bagi peluang kepada kakitangan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. tapi kalau keadaan masih tetap sama lebih baik hentikan saja perkhidmatannya.
BalasPadamharap penjawat2 awam yang berkualiti saja yang akan kekal dalam perkhidmatan mereka.
BalasPadampekerja2 di sektor awam sentiasa berasa selesa. mungkin dengan ini akan meningkatkan prestasi pekerja.
BalasPadamBagus la tu supaya kakitangan kerajaan cepat buat kerja. Macam sektor swasta. semua pekerja macam berlumba-lumba buat kerja.
BalasPadamnampknya bilangan penjawat awam akan dikurangkan.
BalasPadamapapun, pastikan semua penjawat awam mempunyai kualiti dalam kerja mereka.
BalasPadamExit policy ada pro dan kontranya. Tapi jika ia lebih terdedah kepada manipulasi, lebih baik jangan laksanakannya.
BalasPadamPemilihan penjawat awam haruslah adil. Selalunya yang ada 'connection' ni yang senang saja masuk kerja kerajaan. Kalau mutu kerja bagus, tidak apalah juga.
BalasPadambukankah langkah ini baik untuk memperbaiki perkhidmatan kerajaan?? memang wajar mana2 penjawat awam yang tidak menunjukkan reputasi yang baik digugurkan..
BalasPadamjika langkah kerajaan ini tidak baik, bagaimana pula dengan langkah kerajaan DAP yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini sekiranya berjaya merampas kerajaan??
BalasPadamExit Policy bkn sja utk kakitangan bermasalah...tp utk kakitangan yang berprestasi cemerlang tp tiada peluang atau terhad dlm kemajuan kerjaya atau jawatan mereka sudah tidak relevan selain itu ada masalah kesihatan..maka dinasihatkan bersara awal atas kepentingan perkhidmatan awam..so fikir2 kan.. sama ada kakitangan cemerlang atau berprestasi rendah akan kena 'EXIT POLICY'...
BalasPadamIni bagi menambah baik mutu kualiti penjawat awam itu sendiri. Itulah sebab kenapa cara ini diambil.
BalasPadamSPBA ini rasanya diterima sebaiknya oleh penjawat awam sendiri. Siapa yang tidak mahu umur bersara 60 tahun. Kenaikan gaji pula tinggi berbanding dengan SSM sebelum ini.
BalasPadamApa pun keputusan yang diambil pastikan kesan positif lebih dari kesan negatif.
BalasPadamPerubahan yang akan berlaku haruslah akan meningkatkan kualiti kerja.
BalasPadam