BN Tidak Hanya Bergantung Kepada Sabah Dan Sarawak Untuk Menang
LABUAN, 19 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) tidak hanya bergantung pada dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi juga pada negeri-negeri lain di Semenanjung.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kedua-dua negeri dan juga Labuan telah disifatkan sebagai deposit tetap bagi BN, gabungan itu sepatutnya berupaya memenangi semula negeri-negeri lain yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
"Kita sepatutnya berupaya menawan semula negeri-negeri lain yang kini diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Muhyiddin berkata fokus dan perhatian samarata diberikan kepada semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang kerana menurutnya kerajaan BN sentiasa mengamalkan sikap adil.
"Kami akan terus mengekalkan pendekatan `touch point' dalam membantu rakyat. Kami mahu rakyat tahu yang kami prihatin dan ikhlas dalam membantu mereka," katanya pada sidang akhbar di sini selepas melakukan lawatan sehari ke Labuan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan