Selasa, Oktober 18, 2011

MALAYSIA LAKSANA TUKAR TAHANAN PEKERJA ASING - HISHAMMUDIN

Malaysia laksana tukar tahanan pekerja

tahanan orang2 PATI KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan akan melaksanakan proses pertukaran tahanan pekerja asing dengan tiga negara utama iaitu Indonesia, Bangladesh dan Myanmar bagi mengurangkan limpahan warga asing dan pelarian di depot-depot tahanan Imigresen di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu juga akan dilakukan dengan negara-negara seperti Australia, Arab Saudi dan China.

Jelasnya, langkah itu merupakan sebahagian daripada proses pengurusan warga asing di bawah program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (Program 6P).

"Melalui pertukaran itu tahanan warga asing akan dibebas dan dihantar pulang ke negara asal manakala tahanan Malaysia di negara terbabit akan dipulangkan ke Malaysia.

"Langkah itu selari dengan hubungan baik dua hala dengan 'negara sumber' tenaga kerja asing terbesar di negara ini," katanya di bangunan Parlimen hari ini selepas menerima kunjungan rasmi Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar, U Maung Myint.

Hasil pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama yang akan dianggotai oleh agensi berkaitan isu tersebut.

"Terdapat kira-kira 1,000 warga Myanmar ditahan di depot Imigresen atas pelbagai kesalahan. Kita akan buat pertukaran tahanan tetapi jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di Myanmar masih belum diketahui," katanya.

Jelasnya, kerjasama dua hala dengan negara sumber warga asing ketiga terbesar itu penting bagi membantu kerajaan mengurangkan jumlah golongan itu di negara ini.

Beliau berkata, melalui Program 6P, seramai 257,000 warga Myanmar termasuk 144,098 pendatang tanpa izin didaftarkan di bawah program pemutihan warga asing itu.

Menurutnya, langkah itu juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung jenayah melibatkan warga asing seperti penyeludupan manusia, wang, maklumat dan dadah.

"Isu ini adalah agenda nasional yang tidak akan kita kompromi. Kita mahu pengurusan warga asing di negara ini dilakukan dengan baik," katanya.

-----

60% PENGHUNI TIGA PENJARA SESAK DI SABAH IAITU DI KOTA KINABALU, TAWAU DAN SANDAKAN ADALAH WARGA ASING

imagesecara keseluruhannya, 60 peratus penghuni tiga penjara di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan adalah warga asing.

kebanyakan mereka adalah warganegara Filipina, diikuti Indonesia manakala 40 peratus lagi adalah rakyat negara ini.

"Warga asing berkenaan menjalani hukuman berkaitan kesalahan imigresen, jenayah dan dadah,"

Pengarah Jabatan Penjara Sabah Suria Idris

18 ulasan:

  1. Harap perbuatan penukaran tahanan pekerja asing ini berjalan lancar.

    BalasPadam
  2. Pastikan masalah warga asing ini dapat diselesaikan dengan berkesan.

    BalasPadam
  3. Harap usaha ini berjaya dan seterusnya menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin terutamanya di Sabah.

    BalasPadam
  4. Tapi untuk penyelesaian sesuatu masalah semua pihak haruslah bekerja sama, dan betanggungjawab dalam memainkan peranan masing2.

    BalasPadam
  5. bgs jglah penukaran tahanan ini, sekurangnya warga asing dinegara kita dpt dikurangkan.

    BalasPadam
  6. harap pelbagai usaha lagi dijalankan dalam menyelesaikan lambakan warga asing di negara kita.

    BalasPadam
  7. bagus juga jika cadangan ini dapat dilaksanakan.. di Sabah saja, jumlah warga asing dalam tahanan melebihi jumlah warga tempatan..

    BalasPadam
  8. wujudkan juga kerjasama bagi menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di negara ini.

    BalasPadam
  9. saya setuju dengan program pertukaran tahanan pekerja asing ini. bagaimana pula dengan Filipina? mungkin tahanan warganegara Filipina juga ramai di Malaysia ni terutama di Sabah.

    BalasPadam
  10. sekurang-kurangnya kerajaan membelanjakan wang untuk tahanan warganegara sendiri daripada untuk dibelanjakan kepada warga asing yang menjadi tahanan. satu lagi yang saya musykil, jika sekiranya 1000 orang tahanan dikembalikan ke Indonesia, adakah jumlah tahanan warganegara Malaysia di Indonesia juga akan dikembalikan 1000 orang walaupun mungkin jumlah tahanan lebih dari itu?

    BalasPadam
  11. Ramaikah watga M'sia yang ditahan di luar?

    BalasPadam
  12. Masalah kebanjiran PATI di negara ini memang merunsingkan terutamanya di Sabah. Entah bila Sabah ni bersih dari 'pemandangan' yang menyakitkan itu.

    BalasPadam
  13. ramainya warga asing dalam penjara, perlu usahakan bagaimana mngurangkan warga asing di Sabah.

    BalasPadam
  14. So that true illegal immigrant are mother of crime.

    BalasPadam
  15. memang ramai jumlah warga asing yang melakukan kesalahan di negara kita.

    BalasPadam
  16. harap semuanya akan berjalan lancar..

    BalasPadam
  17. Baguslah kalau pertukaran tahanan ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari Negara lain.

    BalasPadam
  18. Tukar tahanan akan dilaksanakan?? Satu idea yang bagus dan sama-sama adil. Kerana semua kos penghantaran akan ditanggung. Maksud disini, Malaysia akan menghantar tahanan dengan kos kerajaan Malaysia begitu juga dengan negara jiran lain akan menghantar dengan kos kerajaan Negara mereka juga.

    BalasPadam