Rabu, Oktober 05, 2011

J/KUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN : ONGKILI SEBAGAI MENTERI KABINET AKAN MEWUJUDKAN KONFLIK BERKEPENTINGAN - ERIC

Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen: Ahli Parlimen Sepanggar Kecewa Pelantikan Maximus

KUALA LUMPUR Oktober 4, 2011: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pada Selasa menyatakan rasa kecewa terhadap pelantikan wakil Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili selaku ketua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata kedudukan Ongkili sebagai menteri Kabinet akan mewujudkan konflik berkepentingan dan menyukarkan beliau untuk menyuarakan permasalahan rakyat di Sabah.

"Senarai ahli jawatankuasa yang dilantik selain seorang dari Sarawak, adalah dari Semenanjung Malaysia yang kurang pengalaman dengan keadaan sebenar di Sabah,"

katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Eric yang juga ditemani Datuk Chua Soon (Bebas-Tawau) mewakili Parti Maju Sabah (SAPP).

Kedua-duanya turut mendakwa timbul beberapa masalah melibatkan warga asing yang diberi kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.

"Masih ramai pengundi yang telah meninggal dunia disenaraikan sebagai pengundi malah nama mereka turut disalahgunakan segelintir pihak untuk mengundi," kata Soon Bui.

Sehubungan itu, mereka mencadangkan agar seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut dilantik di kalangan wakil rakyat Sabah.

Jelas Eric, mereka telah menghantar sepucuk surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai cadangan itu sebaik sahaja penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Perdana Menteri.

17 ulasan:

  1. Rasanya senari pengundi perlu dikemaskini agar tiada sebarang keraguan.

    BalasPadam
  2. Diharap jawapan positif diterima terhadap surat tersebut. Hal ini perlu diteliti secara mendalam dan serius.

    BalasPadam
  3. Jangan pula PRU diadakan ketika j/kuasa ini masih dalam tempoh 6 bulannya.

    BalasPadam
  4. Harap-haraplah ada tranformasi positif terhasil daripada jawatankuasa ini.

    BalasPadam
  5. mgkin senarai ahli jawatankuasa kena dirombak semula.

    BalasPadam
  6. ini bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

    BalasPadam
  7. sistem pilihan raya pasti akan bertambah baik dengan wujudnya jawatankuasa ini yang menghimpunkan pendapat pemimpin2 dari pelbagai parti.

    BalasPadam
  8. mungkinkah 8 tuntutan Bersih 2.0 akan dipertimbangkan dalam penambahbaikan sistem pilihan raya?

    BalasPadam
  9. "kedudukan Ongkili sebagai menteri Kabinet akan mewujudkan konflik berkepentingan dan menyukarkan beliau untuk menyuarakan permasalahan rakyat di Sabah."

    kenapa Eric Majimbun tak dipilih?

    kerana beliau telah menggunakan BN untuk memenangi kerusinya sekarang & menyokong dasar partinya, SAPP untuk keluar dari BN...

    BalasPadam
  10. Harap mereka tidak akan menimbulkan konflik berkepentingan supaya masalah yang tidak diingini boleh dielakkan.

    BalasPadam
  11. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan. Harap para pemimpin akan bekerjasama untuk kebaikan negara dan rakyat.

    BalasPadam
  12. harap jawatankuasa ini akan dapat memberikan hasil yang baik untuk semua pihak..

    BalasPadam
  13. harap ini akan dapat menambahbaik sistem pilihanraya yang sedia ada.

    BalasPadam
  14. apa respond Ongkili setelah Eric mengeluarkan kenyataan seolah2 cuba meremehkan peranan beliau dalam jawatankuasa khas tersebut??

    BalasPadam
  15. Eric tidak patut menimbulkan persepsi negatif terhadap Ongkili hanya kerana beliau merupakan menteri kabinet.. jika beliau sanggup menerima pelantikan itu, bermakna beliau sanggup merisikokan kepentingan beliau dalam kabinet atau mungkin beliau bersedia mengasingkan kepentingan beliau dalam kabinet bagi menyempurnakan peranan beliau dalam jawatankuasa khas ini..

    BalasPadam
  16. Rasanya cukup saja seorang wakil dari Sabah. Tidak perlulah Eric mahu bersama menjawat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

    BalasPadam
  17. Tahniah kepada Datuk Seri Maximus Ongkili selaku ketua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Harap datuk dapat memberikan yang terbaik.

    BalasPadam