Ahad, Oktober 02, 2011

"JIKA DIADAKAN PRU WAKTU INI, UMNO BOLEH KALAH BESAR ... “ - DR. MAHATHIR

UMNO perlu balik perjuangan asal - Dr. Mahathir

image JITRA 2 Okt. - Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ”duri dalam daging” iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar

kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan ”Bicara Negarawan” pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

11 ulasan:

  1. Najib belum lagi membuat pengumuman rasmi tentang tarikh PRU-13.

    BalasPadam
  2. kepentingan dan keperluan rakyat perlulah diambil berat barulah rakyat akan sentiasa memberikan sokongan.

    BalasPadam
  3. apa pun, rakyat perlulah sentiasa menjadi keutamaan dan semua pihak harus sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.

    BalasPadam
  4. kena pastikan benar2 bersedia sebelum adakan PRU.

    BalasPadam
  5. Ramai yang tidak suka dengan UMNO-BN sekarang. Tepuk dada, tanya selera apa puncanya.

    BalasPadam
  6. It's a wake up call. If you want to win, change your attitude.

    BalasPadam
  7. ramai yang lebih pentingkan diri sendiri daripada mengikut perjuangan asal parti. keadaan ini bukan hanya berlaku dalam UMNO saja.

    BalasPadam
  8. kalau diadakan PRU pada waktu ini rasanya belum ada satu pun parti samada dari pihak BN atau PR yang sudah bersedia sepenuhnya.

    BalasPadam
  9. jika semua parti2 atau ahli2 politik tidak dijanjikan jawatan kabinet, atau dalam kata lain tidak ada apa2 manfaat selain berjuang untuk membantu rakyat dan negara, pasti tidak akan wujud parti2 politik seperti BN, PKR, PAS, DAP dan sebagainya hari ini..

    BalasPadam
  10. Inilah pemimpin sekarang mereka berjuang kerana mahukan nama dan sebagainya. Tapi kerana inilah mereka tidak akan berjaya nanti.

    BalasPadam
  11. Mungkin persediaan telah dilakukan lebih awal oleh setiap parti. Tapi jika diadakan PRU pada masa sekarang itu tidak bermakna Umno boleh kalah, kerana rakyat yang menentukan segalanya. Jika pelbagai sumbangan telah diberikan kepada mereka maka pasti mereka akan terus menyokong Umno.

    BalasPadam